Soalan Lazim

Soalan Lazim

Soalan lazim tentang kelas mengaji online JomAlQuran. Untuk butiran pakej, lihat harga. Untuk proses daftar, lihat proses kelas online dewasa.

Berapakah harga kelas JomAlQuran?

Harga kelas dewasa Malaysia ialah RM180 sebulan (1x seminggu) atau RM330 sebulan (2x seminggu). Senarai penuh di halaman harga. Singapura dan Brunei ada pakej berasingan.

Saya zero, langsung tak kenal huruf. Boleh join?

Boleh. Mula dari Iqra atau baca ringkasan di mengaji online dari kosong.

Di mana kelas JomAlQuran?

Kelas 100% online. Tiada premis tetap. Lihat cara sesi Zoom.

Saya bukan warganegara Malaysia. Boleh join?

Boleh selagi ada Internet. Ramai pelajar luar negara. Kadar Malaysia berbeza daripada Singapura/Brunei - nyatakan lokasi semasa daftar.

Belajar secara group atau personal?

Personal 1-to-1 sahaja. Tiada kelas berkumpulan dalam sesi yang sama (kecuali pasangan diminta belajar bersama).

Berapa lama bacaan boleh improve?

Bergantung pada titik mula dan ulang antara sesi. Ada yang nampak kemajuan dalam beberapa bulan; ada yang lebih lama. Kelas sahaja tanpa ulang di rumah jarang cukup.

Berapa lama sampai lancar mengaji?

Tiada tempoh tetap. Konsistensi harian pendek lebih menentukan daripada pakej semata-mata.

Ada sijil?

Tidak. Pembelajaran kasual fokus bacaan betul, bukan sijil formal.

Macam mana cara pembelajaran?

Online 1-to-1, talaqqi: anda baca, guru betulkan. Sesi percubaan 30 minit sebelum komitmen.

Cara pembayaran macam mana?

Pembayaran online (kad/FPX) atau ikut arahan admin selepas bersetuju sambung. Biasanya bayar dahulu sebelum sesi tetap bermula; fi bulanan dalam window yang dimaklumkan.

Belajar 2 bulan lalu berhenti - ada caj?

Tiada caj berhenti. Fi tidak dikunci kontrak jangka panjang.

Selepas berhenti, nak join semula?

Daftar semula. Guru yang sama tidak dijamin.

Bila boleh mula?

Isi borang, atur percubaan, kemudian mula bila slot sesuai selepas bersetuju.

Bagaimana saya tahu tahap mengaji saya?

Cuba anggaran di ujian tahap mengaji. Itu bukan penilaian bacaan sebenar - guru akan dengar anda dalam sesi percubaan. Ringkasan tahap: tahap mengaji.

Ada kelas untuk kanak-kanak?

Ada - kelas mengaji kanak-kanak. Dewasa: kelas mengaji dewasa.

Ada kelas tafsir?

Slot tafsir bergantung ketersediaan guru. Minat boleh dicatat di belajar tafsir. Fokus utama sekarang: Iqra dan bacaan Al-Quran.

Ada kelas Bahasa Arab?

Bahasa Arab diarahkan ke JomArabic.com. Ringkasan di belajar Bahasa Arab.

Ada talaqqi bersanad?

Buat masa ini tidak. Fokus kelas bacaan talaqqi tanpa trek ijazah sanad formal.

Pelajar perempuan - boleh pilih ustazah?

Boleh. Kami padankan mengikut jantina: pelajar perempuan dengan ustazah.

Pelajar lelaki - boleh pilih ustazah?

Tidak. Pelajar lelaki dengan ustaz - untuk elak fitnah.

Boleh hubungi melalui WhatsApp?

Boleh: 012-3377200. Atau isi borang di halaman produk.

WhatsApp Daftar sekarang