Silibus Kelas Mengaji Dewasa Online
Ramai dewasa tanya “kelas ikut buku apa?” sebelum daftar. Jawapan jujur: susunan mengikuti bacaan anda selepas guru dengar, bukan satu silibus cetak yang sama untuk semua.
Halaman ini jelaskan empat lapisan pembelajaran bacaan - huruf, kaedah asas, mushaf, pembetulan sebutan - dan apa yang sengaja diketepikan daripada Core.
Apakah silibus kelas mengaji dewasa di JomAlQuran?
Silibus di sini merujuk empat lapisan yang disusun mengikut tahap semasa anda, bukan mengikut umur atau “berapa lama anda sudah Islam”.
Setiap sesi 45 minit atas talian (Zoom / Meet). Guru mendengar, menegur, dan tetapkan ulang ringkas (biasanya lebih kurang seperempat jam hampir setiap hari) antara sesi. Pakej dan harga: harga.
Apakah empat lapisan silibus mengikut tahap?
- Asas huruf - 28/29 huruf hijaiyah, bentuk sambung (awal, tengah, akhir), baris fathah, kasrah dan dhommah, kemudian sukun, tanwin dan sabdu asas. Laluan lazim: Iqra atau mengaji dari kosong.
- Kaedah asas / Muqaddam - jika sesuai: Muqaddam. Ada pelajar terus ke ayat pendek selepas huruf kukuh.
- Bacaan mushaf - ayat dan surah pendek (sering bermula Al-Fatihah), kelancaran, tempat berhenti. Susunan umum: mula belajar mengaji.
- Pembetulan sebutan - makhraj dan tajwid asas (panjang pendek/mad, dengung, nun/mim sakinah) sepanjang sesi, bukan modul teori yang dipaksa sebelum huruf siap.
Bilakah Iqra, Muqaddam atau mushaf dipilih?
Pilihan itu dibuat selepas guru dengar bacaan - bukan diteka dari borang. Jika pernah Al-Baghdadi semasa kecil, sambungan masih dari sebutan hari ini, bukan paksa ulang buku lama. Ringkasan kaedah: kaedah pembelajaran.
Bilakah makhraj dan tajwid dimasukkan?
Selepas huruf dan sambungan cukup yakin. Memasukkan istilah tajwid terlalu awal biasanya menambah kekeliruan, bukan ketepatan. Tahap kasar: tahap mengaji.
Bagaimana silibus ditentukan selepas sesi percubaan?
Dalam preview setengah jam: guru minta anda baca huruf, Iqra, atau ayat. Kemudian cadangkan titik mula. Anda tidak perlu teka “Iqra berapa” sebelum daftar.
Anggaran sendiri (bukan penilaian bacaan): ujian tahap mengaji. Tempah trial: trial kelas mengaji.
Apakah yang tidak termasuk dalam silibus Core?
Bukan fokus Core: pengajian fardhu ain sebagai tawaran utama, talaqqi bersanad formal, atau kelas bahasa Arab percakapan. FAQ operasi: soalan lazim.
Hafazan ayat pendek boleh dimasukkan hanya jika bacaan sasaran sudah betul - ia tidak menggantikan asas bacaan.
Soalan lazim tentang silibus
Ada buku wajib dibeli?
Biasanya Iqra atau mushaf yang anda sudah ada di rumah cukup. Guru akan maklum jika bahan tambahan diperlukan.
Silibus sama untuk semua pelajar?
Tidak. Empat lapisan di atas ialah rangka; susunan dalam sesi mengikut tahap sebenar anda.
Daftar: kelas mengaji dewasa.
Contoh susunan minggu awal (bukan janji tetap)
Contoh kasar untuk dewasa dari kosong yang ulang hampir setiap hari: minggu 1-2 kenal huruf dan baris; minggu 3-4 suku kata dan bentuk sambung; kemudian baru ayat pendek. Tempo sebenar bergantung teguran dalam sesi - jadual ini hanya supaya anda tahu silibus bukan “lompat terus Juz Amma”.