Harga Kelas Mengaji Dewasa Online (1-to-1, Zoom / Google Meet)
Harga kelas mengaji dewasa online JomAlQuran ialah RM180 sebulan untuk satu sesi seminggu, atau RM330 sebulan untuk dua sesi seminggu. Setiap sesi 45 minit, 1-to-1 dengan ustaz atau ustazah melalui Zoom atau Google Meet.
Tiada bayaran pendaftaran. Sesi percubaan 30 minit disediakan sebelum anda putuskan mahu sambung atau tidak.
Berapakah harga kelas mengaji dewasa online?
Harga kelas mengaji dewasa online ialah RM180 sebulan (1x seminggu) atau RM330 sebulan (2x seminggu), seperti pecahan di bawah.
1x seminggu
RM180/bulan
Harga biasa RM200
- 4 sesi sebulan
- 45 minit setiap sesi
- 1-to-1 dengan guru
- Zoom / Google Meet
- Slot fleksibel, anda pilih
2x seminggu
RM330/bulan
Harga biasa RM360
- 8 sesi sebulan
- 45 minit setiap sesi
- 1-to-1 dengan guru
- Zoom / Google Meet
- Slot fleksibel, anda pilih
Harga di atas sah untuk warganegara Malaysia sahaja. Pelajar dari Singapura atau Brunei ada pakej berasingan - lihat harga untuk Singapura atau harga untuk Brunei.
Apakah yang termasuk dalam fi bulanan?
Yang termasuk dalam fi bulanan ialah sesi persendirian, sukatan mengikut tahap, pembetulan tajwid dan makhraj sepanjang sesi, pilihan guru lelaki atau perempuan, dan slot malam atau hujung minggu.
- Sesi persendirian - tumpuan guru penuh pada bacaan anda
- Sukatan disesuaikan: Iqra, Muqaddam, atau terus mushaf
- Pembetulan tajwid dan makhraj
- Pilihan ustaz atau ustazah
- Slot boleh diatur waktu malam atau hujung minggu
Pakej manakah yang sesuai?
Pakej A (RM180) sesuai jika anda baru mula dan mahu uji rutin, atau jadual padat - satu sesi seminggu cukup selagi ulang sendiri antara sesi. Pakej B (RM330) sesuai jika mahu cepat lancar atau sedang betulkan tabiat bacaan lama - dua sesi memberi peluang tegur sebelum kesilapan kembali biasa.
Kalau masih menimbang berguru atau cuba sendiri, baca cara belajar mengaji sendiri. Pendaftaran dewasa: kelas mengaji dewasa.
Soalan lazim tentang harga
Ada diskaun kalau belajar berdua?
Ada. Beritahu semasa daftar jika mahu belajar bersama pasangan atau ahli keluarga dalam sesi sama; kami maklumkan kadarnya.
Ada bayaran pendaftaran?
Tiada. Anda hanya bayar fi bulanan pakej yang dipilih.
Boleh cuba dahulu sebelum bayar?
Boleh. Sesi percubaan 30 minit, tanpa bayaran. Kalau tidak serasi dengan guru, tidak perlu sambung.
Kelas ada di kawasan saya?
Semua kelas online, jadi tidak terikat lokasi. Pelajar ada di seluruh Malaysia, termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Terengganu.
Boleh bayar bulan demi bulan?
Boleh. Fi dikira bulanan, bukan kontrak jangka panjang.
Siapakah guru dan apakah kaedahnya?
Guru ialah ustaz atau ustazah Malaysia dalam sesi 1-to-1. Kaedah asas: Iqra, Muqaddam, atau sambungan dari Al-Baghdadi - ditentukan selepas guru dengar bacaan anda. Program mendapat surat sokongan JAIS untuk kolaborasi dengan pemegang tauliah di Selangor (salinan di laman utama).
Ustaz amat baik dari segi pengajaran dan membuatkan saya mudah faham. Saya beri 5 bintang daripada 5.
Ustazah sangat penyabar dan lembut, membuatkan saya selesa dalam setiap kelas.
Lagi ulasan di testimonial. Tentang akademi: tentang kami.
Isi borang di bawah untuk aturkan sesi percubaan.