JomAlQuran

Kelas mengaji dewasa 1-to-1, online

Sesi persendirian dengan ustaz atau ustazah melalui Zoom atau Google Meet. Sesuai untuk yang lidah keras, bacaan merangkak, atau baru kenal huruf. Tiada kelas berkumpulan.

Mulakan dari kelas mengaji dewasa, baca macam mana kelas Quran online berjalan, atau semak harga.

Sesi kelas mengaji dewasa 1-to-1 secara online

Selain teringin nak khatam, adakah ini antara masalah yang menghantui anda sehingga baru terdetik mahu cari kelas mengaji online?

Hati rasa kosong

Something is missing, tapi tak tahu apa. Rasa sunyi, resah dan gelisah sentiasa. Namun, masih tak jumpa jawapannya.

Malu kena tegur

Bukan tak pernah belajar, tapi malu sangat bila ustaz dan ustazah tegur dan betulkan kesilapan bacaan. Memang frust bila dah belajar, tapi masih salah baca. Gementar bila tiba giliran untuk baca.

Tak kenal huruf

Malu nak mengaku, tapi itulah hakikatnya. Alif, ba, ta pun tak tahu. Budak-budak tadika dan sekolah rendah mungkin lebih berilmu.

Tak tahu sebut

Bukan setakat tak kenal huruf, malahan tak tahu sebut dengan sebutan yang betul. Lidah pun sudah jadi keras sebab dah lama sangat tinggalkan Al Quran.

Tahu baca rumi sahaja

Niat di hati memang nak belajar, tapi itulah. Cuma pandai baca Al Quran yang ada tulisan rumi sahaja.

Bacaan tak lancar

Bila tak kenal huruf, tak kenal sifat, maka tak boleh baca dengan lancar. Maka, akan baca merangkak-rangkak. Malu sangat kalau kena ejek dengan budak-budak yang lebih lancar.

Tak tahu panjang pendek

Asyik keliru dengan tanda alif kecil yang perlu baca pendek dan tanda pedang yang perlu baca panjang. Selalu sangat kena tegur. Dah betulkan, masih lagi salah.

Tak tahu bila patut berhenti

Baca main hentam keromo ikut suka hati sebab memang tak tahu hukum dan bila perlu berhenti. Bila main langgar sahaja, takut berdosa pula.

Boleh mula dari kenal huruf. Sesi percubaan 30 minit.

Bayangkan anda dapat lancar mengaji setelah belajar secara online

Boleh baca Quran bila mak ayah meninggal

Takkanlah nak buka app di telefon. Takkanlah nak buka YouTube atau Spotify dan on speaker. Ini adalah penghormatan terakhir.

Boleh pimpin tahlil arwah & baca doa

Kalau ada majlis dan kenduri keluarga, anda tak akan rasa segan silu untuk tampil ke hadapan. Baca pun laju, tak gagap lagi.

Suami boleh jadi imam, isteri jadi makmum

Alangkah indahnya bila suami rasa confident untuk jadi imam solat kepada anak-anak dan isteri. Tentu berbunga hati isteri bila dapat berimamkan suami sendiri.

Boleh ajar anak-anak sendiri

Jika meninggal nanti, semoga apa yang kita ajar pada anak-anak akan jadi pencen kubur kita. Sejuk hati bila dengar anak-anak lancar baca Al Quran hasil didikan kita.

Tahniah sekali lagi, Allah telah jentik hati anda untuk ke sini. Allah telah menggerakkan hati anda untuk solat 5 waktu dengan sempurna dan mula bersedekah. Kini anda pula sudah mendapat hidayah untuk mempelajari Al Quran.

Benar, kita semua berdosa dan pernah mensia-siakan hidup semasa muda. Tak perlu salahkan keluarga. Kita sebenarnya yang leka. Semoga dengan masuk kelas mengaji online ini, dapat kenal ilmu agama dan lebih sayang Nabi Muhammad s.a.w. Jangan pernah rasa kosong dan jahil. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Kita semua banyak dosa. Semoga kita masih sempat bertaubat dan mendalami Islam dengan lebih sempurna.

Join Kelas Sekarang

Macam mana kelas mengaji dewasa dijalankan

Online, talaqqi, 1-to-1. Lihat juga Iqra, cara sesi Zoom, dan tentang kami.

Belajar 1-to-1

Satu guru, satu pelajar. Bacaan anda ditegur terus - tiada kelas berkumpulan, tiada malu di hadapan ramai.

Mula dari tahap anda

Belum kenal huruf? Mula Iqra. Pernah Muqaddam? Sambung dari situ. Sudah lancar? Tajwid dan mushaf. Titik mula ditentukan selepas sesi percubaan.

Slot fleksibel

Malam atau hujung minggu boleh. Anda pilih waktu dengan guru melalui Zoom atau Google Meet.

Sesi percubaan 30 minit

Cuba dulu tanpa bayaran. Lihat cara guru mengajar, kemudian putuskan sambung atau tidak.

Kelas mengaji dewasa

Surat sokongan kelas belajar mengaji Al Quran dewasa dari JAIS

Alhamdulillah, kami juga mendapat sokongan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk berkolaborasi dengan pemegang tauliah mengajar Al-Quran di negeri Selangor untuk menjalankan program ini. Ini menunjukkan kami bukan scammer dan kami bukan main-main. Kami serius untuk memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran Al Quran secara online.

Kelas mengaji dewasa
Kelas mengaji online disokong JAIS

Kenapa buat kelas mengaji online dewasa untuk belajar Al Quran?

Masa Kecil, Main-main

Kami buat kelas mengaji Al Quran ini kerana masa kecil, kami belajar Al Quran main-main. Masa arwah ayah ajar dulu, pandai-pandai skip beberapa mukasurat dengan harapan boleh khatam cepat. Rupa-rupanya, perangai buruk itu memakan diri sendiri. Banyak ayat dan hukum-hukum tajwid yang terlepas. Banyak ayat yang tak tahu baca dengan betul.

Dah Tua, Menyesal

Masa muda pula, banyak masa dihabiskan dengan kerja, kerja dan kerja. AlQuran yang ada cuma dijadikan perhiasan. Sehinggakan bila mula mahu dekatkan diri semula dengan Islam, tegagap-gagap baca. Padahal masa kecil dulu cukup lancar baca. Bila sudah tua, rasa menyesal itu tiba. Itu kisah kami, tidak tahu pula anda bagaimana.

Jangan Jadi Macam Kami

Kalau ditanya kenapa kami buat kelas belajar mengaji online ini, jawapannya cukup mudah. Kami tidak mahu orang lain melalui kisah seperti kami. Kami tidak mahu anda menyesal seperti kami. Allah telah gerakkan hati anda untuk masuk kelas belajar mengaji Al Quran. Anda sebenarnya berada di jalan yang betul sekarang.

Jangan Bertangguh

Percayalah, rasa seperti macam mensia-siakan usia muda itu biasa. Bila niat sudah ada, teruskan. Jangan tangguh-tangguh. Izinkan kami cuba sedaya upaya untuk bantu anda dekatkan lagi diri dengan kitab suci Al Quran ini.

Hubungi Kami Sekarang

Macam mana kelas mengaji online dijalankan?

Pertama sekali, kami perlu tahu tahap penguasaan Al Quran anda dahulu. Semasa sesi preview nanti, tenaga pengajar kami akan mendengar dahulu bacaaan anda. Ada kalanya, mereka akan minta anda perdengarkan bacaan Surah Al Fatihah.

Selepas itu, barulah boleh dikategorikan di tahap mana.

Contohnya:

Sekiranya bacaan sudah ada tetapi mahu betulkan sebutan, fokus seterusnya biasanya makhraj dan tajwid — masih dalam sesi mengaji 1-to-1 yang sama.

Produk utama kami kekal kelas mengaji dewasa online. Lihat kelas mengaji dewasa, cara sesi berjalan, atau harga.

Join Kelas Sekarang →

Jenis kelas yang kami tawarkan

Semua kelas JomAlQuran berjalan online, 1-to-1. Tiada kelas berkumpulan, dan tiada guru datang ke rumah.

#1 Kelas mengaji dewasa

Untuk umur 18 tahun ke atas. Sesi persendirian dengan ustaz atau ustazah. Butiran penuh di kelas mengaji dewasa.

#2 Cara sesi Quran online

Faham dulu macam mana Zoom, talaqqi, dan slot masa diatur: kelas Quran online.

#3 Iqra dan kaedah asas

Belum kenal huruf: belajar mengaji Iqra. Pernah Muqaddam: Muqaddam. Panduan mula: mula belajar mengaji.

#4 Kanak-kanak

Laluan berasingan di kelas mengaji kanak-kanak.

Ke kelas mengaji dewasa →

Kelas mengaji online Al Quran ini sesuai untuk siapa?

Sejujurnya, kelas untuk kanak-kanak dan remaja sudah banyak. Kami tidak mahu ke arah itu. Tapi, kalau mahu juga, boleh rujuk kelas mengaji kanak kanak online.

Di sini, kami hanya ingin fokuskan kepada golongan dewasa yang mempunyai kriteria berikut:

  • Orang dewasa sibuk dengan kerja, hingga tak ada masa
  • Warga emas yang sudah pencen kerja kerajaan atau swasta
  • Ibu-bapa yang malu dengan anak-anak kerana tidak lancar baca Al Quran
  • Atok dan nenek yang malu dengan cucu kerana baca merangkak-rangkak
  • Mualaf dewasa yang mahu belajar, tetapi tidak ada guru

Daftar Sekarang →

Lokasi kelas mengaji online (Malaysia, Singapura & Brunei)

Kelas dijalankan sepenuhnya secara atas talian, jadi lokasi anda tidak jadi halangan. Berikut negeri dan negara yang mempunyai kandungan khusus:

Join Kelas Sekarang →

Berapa harga kelas mengaji online?

Sebenarnya, mengajar dan belajar mengaji Al Quran adalah kerja yang sangat mulia. Segan juga kami untuk menetapkan harga sebab ini adalah kerja agama. Walau bagaimanapun, untuk keseragaman dan memudahkan urusan pertanyaan, kami letak juga harga.

Pakej A

RM200 RM180 / sebulan

  • 1 sesi seminggu (4 sesi sebulan)
  • 45 minit setiap sesi
  • 1-to-1 dengan ustaz / ustazah
  • Zoom atau Google Meet
  • Slot masa fleksibel

Pakej B

RM360 RM330 / sebulan

  • 2 sesi seminggu (8 sesi sebulan)
  • 45 minit setiap sesi
  • 1-to-1 dengan ustaz / ustazah
  • Zoom atau Google Meet
  • Slot masa fleksibel

Harga sah untuk warganegara Malaysia sahaja. Tiada bayaran pendaftaran.

Lihat harga kelas mengaji dewasa →

Butiran kelas: kelas mengaji dewasa, kelas Quran online. Bukti pelajar: testimonial. Tentang akademi: tentang kami.

Jika bersetuju dengan pakej di atas, isi borang untuk sesi percubaan:

WhatsApp Daftar sekarang