Kelas mengaji persendirian merujuk kepada kelas belajar Al Quran yang dijalankan secara individu atau secara berhadapan antara seorang guru dan pelajar. Ia berbeza dengan kelas mengaji berkumpulan di mana beberapa pelajar diajar secara serentak oleh seorang guru. Kelas mengaji persendirian biasanya diadakan bagi pelajar yang memerlukan perhatian khusus atau lebih peribadi dalam pembelajaran al-Quran dan ilmu agama Islam.
Ada individu yang kali terakhir khatam Al-Quran pada umur 12 tahun, iaitu semasa di sekolah rendah. Ada juga individu yang trauma akibat pengalaman pahit masa lalu belajar mengaji dengan guru yang garang. Selepas itu, terus tutup Quran dan tidak pernah baca lagi. Dulu-dulu, mana ada kelas mengaji persendirian. Semuanya mengaji dengan kawan-kawan, secara beramai-ramai.
Jadi, bagi anda yang kini sudah mendapat hidayah dari Allah dan rasa ingin ambil kelas mengaji personal semula, kami doakan agar urusan anda belajar Al Quran dipermudahkan.
Kelas mengaji persendirian
Apa kelebihan kelas mengaji persendirian?
Dalam kelas mengaji persendirian, pelajar akan mendapat perhatian yang lebih bersifat peribadi daripada guru. Ini dapat membantu pelajar yang ingin menguasai bacaan al-Quran, tajwid dan pemahaman agama Islam dengan lebih mendalam.
Berikut adalah beberapa kebaikan dan kelebihan kelas mengaji persendirian:
- Ustaz / ustazah / guru mengaji tidak akan ketawakan anda
- Tidak ada siapa-siapa yang akan judge
- Mereka akan bimbing dari mula, back-to-basics
- Lebih kepada konsep personal coaching
- Boleh tentukan masa sendiri
- Pilihan #1, tidak perlu keluar untuk pergi belajar dengan guru kerana mereka akan datang ke rumah
- Pilihan #2, boleh terus berjumpa dengan ustaz / ustazah di tempat yang dipersetujui bersama
- Setiap bacaan kita yang salah akan diperbetulkan
- Setiap ayat akan diberitahu di mana tempat waqaf, iaitu tempat berhenti
- Boleh belajar secara persendirian dengan guru di rumah atau pejabat
- Juga boleh belajar bersama pasangan suami atau isteri masing-masing
Jika sudah tidak bekerja lagi, sudah pencen dan tidak tahu buat apa, masuklah kelas mengaji Al Quran ini.
Di mana ada kelas mengaji persendirian?
JomAlQuran adalah salah satu platform mengaji online terbaik untuk anda yang ingin mengaji secara personal. Mengapa JomAlQuran menjadi pilihan utama?
- JomAlQuran menawarkan fleksibiliti dalam jadual mengaji anda. Anda boleh menetapkan waktu mengaji mengikut kesesuaian anda sendiri. Tidak perlu lagi risau tentang lambat datang kelas atau tidak dapat hadir kerana ada urusan lain.
- JomAlQuran menawarkan pengajaran yang berkualiti. Guru-guru di JomAlQuran adalah mereka yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Mereka akan membimbing anda dengan sabar dan penuh dedikasi. Boleh baca review JomAlQuran untuk maklumat lanjut.
- JomAlQuran menawarkan pengajaran secara persendirian yang bermakna anda akan mendapat perhatian penuh dari guru. Ini sangat penting terutama untuk mereka yang baru mula belajar atau yang mempunyai kesukaran dalam beberapa aspek.
Jadi, tidak perlu berfikir dua kali, JomAlQuran adalah pilihan yang tepat untuk anda yang ingin mengaji secara peribadi. Anda pasti akan mendapat banyak benefit dan pengalaman belajar yang berharga dengan JomAlQuran. Jom, mari kita belajar dan memperdalamkan lagi ilmu agama bersama JomAlQuran!
Perlukah saya masuk kelas mengaji persendirian?
Berikut adalah antara beberapa sebab di mana anda memang perlu ambil kelas persendirian:
- Secara asasnya, anda mestilah sudah lancar membaca Al Quran
- Sudah kenal huruf
- Tidak lagi keliru dengan huruf bersambung
- Tidak lagi tertukar baris huruf
- Sudah tahu panjang pendek
- Bacaan tidak lagi merangkak-rangkak
- Setidak-tidaknya, tahu serba sedikit tentang tajwid
- Untuk mudah faham, jika anda boleh membaca Surah Al Baqarah dengan lancar, anda boleh sertai kelas talaqqi bersanad.
Berapa lama untuk khatam 30 juzuk?
Tidak salah untuk berangan-angan untuk khatam 30 juzuk Al Quran.
Walau bagaimanapun, sebelum terus bercita-cita untuk terus khatam, anda perlu lancar membaca Al Quran terlebih dahulu.
Sekiranya sudah lancar, untuk kelas talaqqi seminggu sekali, ia boleh mengambil masa 1 tahun setengah sehingga 2 tahun untuk khatam Al Quran.
Berkesan atau tidak itu adalah bergantung kepada tahap kesediaan dan penglibatan pelajar.
Ada free trial?
Ya, ada. Kami boleh berikan free trial selama 30 minit yang akan dilakukan secara online.
Jika anda rasa ingin lihat dulu muka pengajar untuk melihat keserasian, kami galakkan anda ambil peluang ini.
Walau bagaimanapun, guru yang akan hubungi untuk free trial itu tidak semestinya guru yang akan mengajar nanti.
Anda hanya perlu isikan borang di bawah ini. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin.
Al quran.bacaan semasa surah al nisa.
Al quran.bacaan semasa surah al nisa.ingin meneruskn bacaan.
saya boleh datang ke kelas
bacaan quran saya kelam kabut dari segi mahraj dan tajwib
Semoga keinginan kita untuk belajar dapat keberkatan dari Allah swt…