Alhamdulillah, setakat ini review semua baik. Pelajar berpuashati dengan servis JomAlQuran dan juga cara pengajaran guru-guru JomAlQuran.
Boleh rujuk testimonial daripada pelajar seperti di bawah:
Ustaz amat baik dari segi pengajarannya dan membuatkan saya mudah faham. Cara pengajarannya banyak mendekatkan diri saya kepada Al Quran.
Beliau banyak menerangkan ilmu-ilmu Al Quran serta diselangkan dengan penghuraian makna.
Saya beri 5 bintang daripada 5 bintang kepada beliau.
Ustazah adalah seorang guru yang sangat penyabar dan lembut dalam pengajarannya membuatkan saya berasa sangat selesa dalam setiap kelas saya.
Moga ada rezeki saya sertai ustazah semula dalam pembelajaran saya nanti, In Shaa Allah.
Saya menamatkan kelas kerana saya tidak dapat memberikan komitmen seperti yang dijanjikan.
Sepanjang kelas pengajian saya dapat menguasai pelajaran dengan seorang ustaz yang memberi bimbingan dan cara pengajaran yang sangat berkesan.
Terang, jelas dan mudah faham. Terima kasih kepada ustaz dan juga kepada Jom AlQuran kerana dapat melahirkan ramai netizen yang celik Al Quran.
Saya menamatkan kelas kerana menyambung talaqqi Al Quran dengan sahabat saya di kampung yang merupakan guru Al Quran.
Terima kasih banyak-banyak.
Alhamdullillah, saya dapat ustazah yang sangat sabar dalam mengajar saya. Terima kasih kepada JomAlQuran kerana menyediakan platform ini untuk memperbaiki pemahaman dan pembacaan saya dalam belajar Al-Quran. Semoga Allah swt sentiasa melimpahi rezeki berkat kepada anda semua.
Ustaz sangat bagus dalam mengajar anak saya, Fitri, yang berusia 12 tahun. Banyak peningkatan. Terima kasih, Ustaz.
Pembelajaran yang jelas dan teliti. Senang untuk faham.
Alhamdulillah, secara keseluruhan proses pembelajran sangat baik dan berkesan. Tenaga pengajar juga sangat toleransi. Teruskan usaha murni JomAlQuran.
Alhamdulillah, secara keseluruhan proses pembelajran sangat baik dan berkesan. Tenaga pengajar juga sangat toleransi. Teruskan usaha murni JomAlQuran.
Ustazah yang mengajar sangat telus, amanah dan lemah lembut dalam membetulkan bacaan. Alhamdulillah, saya memperolehi banyak pengetahuan baru dan sedikit sebanyak membantu memperbaiki bacaan dan keyakinan untuk membaca.
Alhamdulilah, ilmu tajwid saya bertambah dan diperkukuhkan lagi dengan nota dan tip yang diberi semasa kelas, kuiz dan nasihat.
Alhamdulillah saya lebih yakin dan lancar dengan bacaan Al Quran saya sekarang. Dapat juga refresh semula ilmu tajwid.
Alhamdulillah best belajar Al-Quran dengan ustazah. Beliau seorang yang penyabar dan banyak beri tunjuk ajar sepanjang hampir setahun belajar Al-Quran dengannya.
Alhamdulillah bacaan saya semakin lancar dengan sebutan tajwid yang betul.
Sangat menarik cara belajar Al Quran walaupun kelas talaqqi. Ada ujian yang dapat membantu mengingatkan kembali hukum-hukum tajwid.
Sekiranya anda berminat menyertai kelas mengaji online, jemput isikan borang di bawah: