Sejak pandemik COVID-19 dan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang tidak merasai kenikmatan sembahyang berjemaah. Jadi, izinkan kami refresh semula dengan berkongsi syarat solat berjemaah.
Syarat solat berjemaah
- Wajib makmum berniat mengikut imam
- Makmum tidak boleh mendahului iman dalam semua keadaan samada dari segi saf, tempat atau perbuatan
- Makmum hendaklah mengikut segala perbuatan dan kelakuan imam. Jangan mendahului imam atau terlambat daripada imamnya dalam dua (2) kadar rukun fi’li. Jika dia mendahului imamnya dalam jarak dua (2) rukun fi’li atau terlambat daripada imamnya dalam jarak dua (2) rukun fi’li tanpa uzur, maka batallah solatnya.
- Hendaklah sama solat imam dengan makmumnya
- Imam dan makmum hendaklah sama bentuk solatnya. Contohnya, tidak sah solat Zuhur mengikut solat jenazah.
- Makmum mengetahui segala perbuatan imam, perpindahan dari satu rukun ke satu rukun sama ada melihat atau mendengarnya
- Kedudukan makmum mestilah di belakang imam. Jika makmum berdiri di hadapan imam, tidak sah solatnya
- Makmum jangan berdiri terlalu jauh dari imam sehingga lebih dari 300 hasta, kecuali imam dan makmum di dalam masjid negeri
- Tidah sah makmum yang qari mengikut imam yang ummi
SOP Solat berjemaah ketika COVID-19
SOP ini dikeluarkan oleh MKN. Ia merangkumi Masjid Negeri, Masjid Kariah, Masjid Daerah dan juga Surau Jumaat. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman web rasmi MKN.
1. Untuk mengawal penularan dan jangkitan
- Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran Jemaah;
- Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wudhu’ sebelum dan selepas solat;
- Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa;
2. Untuk membuat kawalan dan pengesanan
- Ahli Jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarah pulang;
- Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran;
- Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan;
3. Berkaitan penandaan jemaah
Pengurusan masjid hendaklah membuat penandaan jarak antara Jemaah sekurang-kurangnya 1 meter
4. Berkaitan etika solat berjemaah
- Melaksanakan penjarakan sosial (social distancing) di dalam dan luar masjid;
- Jarak antara ahli jemaah adalah sejauh 1 meter antara satu sama lain dan jemaah wajib memakai face mask;
- Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga penjarakan yang terkawal;
- Jemaah yang mengidap penyakit kronik, warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid
- Semua ahli Jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk dan membawa sejadah masing- masing sebelum hadir ke masjid;
- Jemaah dipastikan terus bersurai dalam keadaan tenang;
- Tiada perkumpulan dibenarkan selesai solat Jumaat samada di
dalam atau di luar masjid; dan - Hanya jemaah lelaki sahaja digalakkan hadir.
5. Azan, Iqamah dan Khutbah semasa Solat Jumaat
- Khatib mengambil tempat sejurus setelah selesai azan pertama dan azan kedua terus dilaungkan;
- Khutbah pertama dan kedua dibacakan selama maksima 15 minit;
- Teks Khutbah dipendekkan sebaik mungkin dengan menjaga
rukun yang asal; - Solat Jumaat dilakukan selama maksima 10 minit; dan
- Imam digalakkan membaca surah atau ayat yang pendek.
6. Azan dan Iqamah ketika Solat Jemaah
- Imam mengambil tempat sejurus setelah selesai azan dan iqamah terus dilaungkan;
- Solat berjemaah dilakukan selama 10 -15 minit;
- Imam digalakkan membaca surah atau ayat yang pendek
7. Zikir dan doa
- Selesai solat Imam memberi salam, zikir dan doa (maksima 5 minit).
Akhir kalam
Sama-sama kita berdoa agar COVID-19 ini cepat hilang dari muka bumi Malaysia yang bertuah ini. Dan semoga kita sama-sama dapat menikmati keindahan solat berjemaah bersama-sama.
Sumber: Buku Kem Bestari Smart Solat, Bahagian Pengurusan Dakwan Jabatan Agama Islam Selangor
assalammualaikum…bagaimana pula solat berjemaah yg dijarak kan?adakah itu pernah dilakukan oleh Nabi Muhamad S.A.W