Sujud Tilawah ialah sujud bacaan. Disunatkan sujud bagi orang-orang yang membaca ayat-ayat Sajadah. Begitu juga disunatkan sujud bagi orang yang mendengarnya.
Firman Allah s.w.t:
Apabila orang-orang yang membaca ayat Sajadah sujud, maka yang mendengar / makmum hendaklah sujud.
Walau bagaimanapun, apabila yang membaca ayat Sajadah tidak sujud, maka yang mendengar / makmum tidak disunatkan wujud.
Cara Sujud Tilawah (ketika solat)
Berikut ialah cara melakukannya semasa dalam solat:
- Sujud Tilawah ini ialah sekali sujud sahaja
- Jika dilakukan dia dalam solat, sekiranya seseorang itu menjadi imam atau sembahyang seorang diri, wajib ia niatkan sujud di dalam hati, lalu terus melakukan sujud
- Jika dilakukan di dalam solat, sekiranya seseorang itu menjadi makmum, hendaklah ia menurut apa sahaja yang dilakukan oleh imamnya.
Cara Sujud Tilawah (di luar solat / ketika membaca Al Quran)
Sebelum melaksanakannya di luar solat, pastikan tahu rukun dan cara-caranya dahulu.
Berikut ialah cara untuk melaksanakannya di luar sembahyang:
- Niat
- Takbiratul Ihram
- Sujud sekali sahaja
- Salam
Syarat melakukannya di luar sembahyang
Syarat-syarat ini mesti dipenuhi sebelum melakukan Sujud Tilawah di luar solat:
- Suci dari hadas bedar dan najis
- Menghadap kiblat
- Menutup aurat
Lebih afdal jika mengambil wuduk.
Bacaan Sujud Tilawah
Sujud ini bacaannya macam mana?
Sila ikuti panduan seperti di bawah:
Maksud bacaan
Sujudlah muka dan seluruh diriku kepada Allah yang telah menciptakannya dan membentuk rupanya, juga yang telah menciptakan pendengaran dan penglihatannya (dengan perantaraan telinga dan mata), dengan kuasa Allah jugalah (pendengaran dan penglihatnku terpelihara dengan selamatnya).
Ayat-ayat Sajadah di dalam Al Quran
Ayat-ayat Sajdah dalam Al-Quran ada 15. Ini adalah sebagaimana yang diterangkan di dalam hadis Rasulullah s.a.w seperti berikut:
Sumber: Buku Qiyamullail dan Amalan Rasulullah s.a.w, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)