Sebelum ini, kami ada perkongsi perkara yang membatalkan solat. Kali ini, kami akan berkongisi pula perkara-perkara makruh dalam solat.
Antara perbuatan dan perkara-perkara makruh dalam solat adalah seperti berikut:
1. Perkara-perkara makruh dalam solat
- Meninggalkan sunat-sunat solat dengan sengaja
- Membaca pada rakaat kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada surah yang dibaca pada rakaat pertama
- Menggerak-gerakkan tanga tanpa ada sebab yang perlu
- Memejamkan kedua-dua mata semasa solat tanpa keperluan
- Berpaling kepada sedangkan dada masih menghadap kiblat ketika sembahyang tanpa ada sebab
- Solat dalam keadaan menahan kentut, kencing atau berak
- Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan; atau membaca perlahan di tempat yang sepatutnya kuat
- Solat tanpa berbaju tanpa sebarang keuzuran
- Sembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang atau manusia
- Sembahyang dalam keadaan terlalu mengantuk
- Solat ketika hati teringat kepada makanan yang telah terhidang
- Solat sambil mendongakkan kepala ke langit
- Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi
2. Apa maksud makruh?
Berdasarkan laman web MuftiWP, mengikut takrifan fuqaha seperti yang dinyatakan dalam buku Istilah-Istilah Feqah dan Usul 4 Mazhab, makruh atau karahah disisi mazhab Syafie memberi maksud benci atau tidak disukai.
Digunakan karahah dengan maksud sunat tidak dilakukannya.
Makruh terbahagi kepada dua jenis, iaitu makruh tahrim dan makruh tanzih.
Berdasarkan kenyataan ini, maksud makruh tidaklah berdosa. Walau bagaimanapun, penggunaanya dalam hal-hal yang lain dan juga tafsiran beberapa hadith juga menunjukkan pengertiannya lebih umum dan boleh membawa kepada dosa.
Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam menuntut ilmu agama.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian mengenai perkara yang makruh dalam solat ini akan menambahkan lagi ilmu anda tentang solat.
Dalam masa yang sama, belajarlah sedikit-sebanyak tentang perkara yang membatalkan wuduk. Pastikan ambil wuduk dengan sempurna sebelum sembahyang.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Buku Kem Bestari Smart Solat, Bahagian Pengurusan Dakwan Jabatan Agama Islam Selangor