Niat Mandi Wajib Selepas Haid (Mandi Hadas Yang Betul)

Ada banyak laman web lain yang memberikan maklumat berkenaan mandi wajib. Kadang-kadang, terlalu banyak sehingga kita sendiri keliru dan tidak tahu mana satu yang perlu diikut. Kali ini, kami akan kongsikan niat mandi wajib selepas haid. Hanya perkongsian berkenaan niat mandi wajib setelah haid sahaja.

Sebab wanita perlu mandi wajib

Berikut adalah antara beberapa sebab dan syarat kenapa seorang perempuan itu perlu mandi wajib yang berkaitan dengan haid.

  • Seseorang wanita itu perlu mandi wajib sekiranya darah yang keluar itu adalah darah yang keluar dari rahim seseorang perempuan. Darah tersebut bukan berlaku bukan disebabkan luka atau tercedera.
  • Seseorang perempuan itu juga wajib untuk mandi hadas apabila darahnya sudah kering untuk meneruskan ibadah.

Niat mandi wajib selepas haid

Ada beberapa versi niat mandi wajib setelah haid. Namun, maksudnya sama sahaja.

Tidak wajib membaca niat dalam Bahasa Arab. Asalkan kita faham maksudnya, itu sudah memadai. Berikut ialah niat dalam Bahasa Melayu.

 

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”

 

"Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala."

 

1. Cara mandi hadas setelah haid

Untuk maklumat seterusnya, boleh rujuk cara mandi wajib selepas haid. Kami sengaja asingkan agar mudah untuk mencari maklumat berkenaa mandi hadas ini.

 

2. Persoalan berkenaan mandi wajib haid

Bagaimana jika rambut diikat, adakah mandi hadas menjadi sah?

Jika rambut tersebut diikat ketika mandi, ianya hendaklah diuraikan. Ini kerana jika air tidak mengenai pada salah satu daripada anggota badan, mandi wajib tersebut menjadi tidak sempurna.

Berdasarkan hadis Aisyah r.a yang kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

 

Akhir kalam

Taharah ataupun bersuci merupakan suatu tanggungjawab atau amanah yang sangat mustahak sebagai seorang muslim. Mandi wajib selepas haid adalah salah satunya.

Bukankah kebersihan dan kesucian itu juga melambangkan diri dan tahap keimanan kita?

Berpunca daripada kebersihan inilah, menjadi punca penerimaan amal ibadah kita di hadapan Allah SWT. Bayangkan jika, seseorang itu beribadah sedangkan dirinya belum mandi hadas atau bersuci, bukanlah amalannya itu belum dianggap sempurna, dan tidak dipastikan sama ada sah atau tidak.

Jadi, sebagai seorang yang beragama Islam, sama-samalah kita menjadi sorang muslim yang baik akan kebersihannya.

Diharapkan agar perkongsian niat mandi wajib selepas haid ini dapat membantu anda.

Jemput juga baca cara ambil wuduk yang betul, niat mandi wajib juga mandi wajib selepas bersalin.

Semoga bermanfaat.


1 thought on “Niat Mandi Wajib Selepas Haid (Mandi Hadas Yang Betul)”

  1. Assalammualaikum.. saya mahu bertanya. Bagaimana jika kita sudah bersama suami tetapi pada keesokkan harinya darah haid keluar. Bagaimana cara mandi yang betul?

    Reply

Leave a Comment