Zaman dulu, jika ingin buat permohonan kahwin, kena isi borang pendaftaran perkahwinan dengan pen. Bertuah zaman sekarang kerana semuanya dipermudahkan. Bagi yang bakal bernikah dengan warga Selangor, rajin-rajinkan diri untuk kenal-kenal dengan sistem NCR JAIS online di ncr.jais.gov.my di sini.
Sekadar maklumkan, pastikan juga bersedia mental dan fizikal untuk malam pertama sebagai pengantin baru nanti.
Kursus kahwin Selangor
Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan bertujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ini adalah penting agar dapat mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
Kursus Pra-Perkahwinan adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.
Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Selangor adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI).
Laman ncr.jais.gov.my menyediakan Borang Kursus Pra Perkahwinan berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI).
Di sini, pemohon boleh merujuk prosedur dan langkah-langkah permohonan untuk mengisi borang.
Prosedur kursus kahwin Selangor
Sila baca betul-betul sebelum mendaftar untuk permohonan isi borang kursus kahwin Selangor.
Pemohon boleh memilih tarikh kursus dan lokasi pilihan yang bersesuaian dan menghantar permohonan secara online.
Sistem NCR JAIS Online (ncr.jais.gov.my)
Sistem Nikah, Cerai dan Rujuk Online JAIS ini merangkumi perkhidmatan utama untuk perkahwinan, cerai dan rujuk yang disediakan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS. Sila isi No Mykad dan atalaluan untuk mula menggunakan sistem ini. Pastikan segala dokumen sokongan disediakan.
Prosedur perkahwinan lelaki Selangor
Untuk orang lelaki yang akan berkahwin di Selangor, prosedurnya tidaklah terlalu rumit. Rujuk carta untuk sistem ncr.jais.gov.my di bawah:
Prosedur perkahwinan perempuan Selangor
Sebaliknya, untuk orang perempuan yang akan berkahwin di Selangor, prosedurnya tidaklah agak sedikit panjang. Rujuk carta di bawah:
Hilang sijil nikah Selangor, boleh mohon di NCR JAIS
Bagaimana pula jika sijil nikah atau surat nikah hilang? Bagaimana prosedurnya?
Surat Perakuan Nikah adalah antara dokumen perkahwinan yang penting bagi individu yang telah berkahwin. Oleh yang demikian ia perlu disimpan di tempat yang selamat.
Namun begitu, sekiranya berlaku kahilangan akibat bencana atau musibah tidak dapat dielakkan, salinan dokumen pernikahan yang baru boleh dipohon di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
Sehubungan dengan itu, laman ncr.jais.gov.my ini juga menyediakan Borang Permohonan Salinan Surat Perakuan Nikah secara online bagi membantu dan memudahkan individu yang telah berkahwin di Selangor, memohon salinan surat perakuan nikah yang baru. Pemohon boleh mengisi dan menghantar borang tersebut secara online tanpa perlu mengambil borang di PAID.
Selain itu, laman ini juga turut menyediakan satu senarai semak dokumen-dokumen yang diperlukan oleh individu tersebut semasa berurusan di PAID.
Akhir kalam
Semoga perkahwinan yang dihajati, akan dipermudahkan dan mendapat keberkatan Allah.
Dan semoga kekal hingga ke akhir hayat. Jangan cerai-cerai, semoga kita semua menikmati bahagia.
Ingat, suami yang baik ialah yang solat Subuh berjemaah di masjid. Sama-sama kita hidupkan Islam dalam rumahtangga kita.
Semoga dengan perkongsian tentang borang nikah Selangor ini dapat memudahkan urusan anda.
Semoga bermanfaat.
Saya adalah seorang janda dan ingin nikah semula dengan bekas suami. Kami telah bercerai pada 24 hb september 2018. Pernikahan kami terdahulu ada sijil nikah berkursus di masjid negeri selangor.. Soalan nye adakah kami perlu mngambil kursus kahwin semula..
tak perlu, kursus kahwin hanya sekali seumur hidup
Tapi klu di Johor kena krusus semula
assalammualaikum wbt. borang nikah online NCR ONLINE isi pada waktu pejabat sahaja ke?
jikalau dulu kita pernah daftar NCR poligami dan tak jadi bernikah..dan telah bercerai,dan sekarang sy ingin bernikah semula…perlu ke sy rujuk ke pejabat agama islam…sebab sy sudah cuba untuk isi borang 2A NCR ONLINE tetapi tidak boleh …sila beri pencerahan..
Assalamualaikum. Borang nikah online untuk perempuan tak boleh simpan ye. Sy dah isi borang tersebut pada bahagian boramg 2C tapi hanya ada butang batal dan hantar saja.
Adakah selepas sy tekan hantar borang tersebut tidak boleh ubah lagi.
asssalamualaikum,
kenapa saya tak boleh buat online untuk isi borang nikah di selangor..bila click dia keluar privacy error
Samalah Dengan Saya
Awak punya setting internet je tu, click kat advance and choose to procced with the NCR site..
sama lah saya
boleh je ubah sebelum cetak. pastikan ingat password yang dah dibuat
Sama lah kenapa ekk
salam.. saya nak tanya, saya ingin bernikah di selangor. tapi saya telah isi borang di web sppim. kemudian baru saya tahu pautan itu bkn utk yg bernikah di selangor. macam mana saya nak tukar ke borang ncr? kerana bila saya daftar di ncr maklumat id saya dimaklumkan telah tersedia. harap dapat bantu saya.
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya cara untuk daftar online.
Tunang saya (Lelaki) tinggal di pulau pinang,dah telah mohon nikah di pejabat agama p.pinang. dan dalam proses diluluskan. Saya (perempuan) bermastautin di ampang, selangor. Ingin mohon bernikah di kedah.
Soalan saya; adakah saya perlu mohon secara online di website jais sahaja atau perlu daftar sekali di website sspim kerana bernikah di luar khariah.
Soalan kedua. Selepas dapat surat kebenaran dari pihak lelaki apa yg perlu saya buat dulu? Adakah saya boleh daftar serentak? Mohon pencerahan.
Buat online borang nikah bile bole isi??
Assalam tuan / Puan , jika semasa pendaftaran pertama daftar nikah on9 Kita telah tersalah isi nama , secara automatic bila ISI borang permaustautin , Nama Yang Salah yg Akan terpapar & tidak bole Di ubah . Macamana saya nak buat pembetulan Nama saya Di borang online nikah Selangor .
Assalamualaikum..saya nak tanya.. WAJIB ke isi tarikh nikah ibubapa pd borang 2C? Sbb tiada tanda * pd bahagian yg kena isi tu.. Tapi ada dalam senarai semak.. Mohon pencerahan..
Assalamualaikum..saya nak tanya.. WAJIB ke isi tarikh nikah ibubapa pd borang 2C? Sbb tiada tanda * pd bahagian yg kena isi tu.. Tapi ada dalam senarai semak.. Mohon pencerahan..
CNR jais adalah website kerajaan paling kaput yang saya pernah berurusan, memalukan umatislam. Pertama sekali web tak ada security, hingga saya terpaksa batalkan firewall komputer saya untuk masuk ke web JAIS. yang kedua tak boleh save entry selagi belum selesai. mak ooi. sekali buat terus boleh siap ke dengan berbagai2 maklumat nak dicari.
wahai ahli keluarga jais, cari lah web developer yang CERDIK/MATANG sikit. kalau tak pun bini aku boleh tolong buat, FREE JE. jariah dia.
tolong la kenapa x blh nk nk masuk dr smlm
permudahkanlah jangan diperpayahkan sedihhh
Assalamualaikum tuan puan saya NURUL FASYAREENA bte jamalludin saya nak tanya lah Knp Yea ncr jais tak boleh buka portal rasmi jabatan agama islam selangor
Salam sy hazriana
dulu sy pernah daftar NCR
tapi sy lupa katalaluan..sy nk daftar baru NCR x bole..tolong bantu sy?
Assalammualaikum sy norain sy penah buat borang nikah kami tapi orang pejabat agama telah hilang kn dia suruh sy buat bilik borang semua atau pejabat agama cari semula sy nk tukar kata laluan je
ASSALAMUALAIKUM,, SYA SUDAH BUST ON LINE BORANG NIKAH TPI SETELAH SELASAI SAYA NAK PRINT BORAN TERSEBUT TIBA2 OF LINE..BAGAIMAN SAYA MAHU NO RUJUKAN FAIL TU..BOLEH TAK SENT NO RUJUKAN KE NO HANDFON OR EMAIL SAYA.
Assalamualaikum kenapa saya tak dapat buka laman sesawang NCR JAIS online??
Assalamualaikum…blh sye nak thu tentang rujuk… Kami brcerai hampir dua bulan lalu… Selepas brcerai sye masih tggl serumah…
Selang beberapa hari kemudian kaki ingt merjuk…dan kami telah bersama lebih dari 3 kali…dalam brsama sye mengatakan sye rujuk pada mlm ini dan niat merujuk kambali… Sah kew ape rujuk kami… Tlg bg pncerahan… Sbb sye xprgi pejabat agama
Ramai yg bertanya soalan yang sangat relevant dan tiada reply pula. Sistem NCR online JAIS ini mesti dan perlu dikemaskini bagi menjaga martabat Islam dan wargakerja JAIS itu sendiri.
Contoh: Dalam Borang 2C. Diakhir borang itu hanya ada button Batal dan Hantar. Tiada butang SIMPAN seperti di tunjukan dalam panduan mengisi borang NCR online. Dan Bila pula Borang 2D akan muncul? Tolong kemaskini dan jawap.
salam kenapa tidak boleh buka link untuk memohon isi borang nikah on line.boleh tolong bagi tahu macam mana cara dia.sudah banyk kali buka.tapi tetap tidak boleh buka
Assalamualaikum.
Sy seorang janda & ingin menikah lg. Sy nak isi borang nikah secara online tp bila log masuk ke website yg berkenaan , ia menyatakan yg no ic sy sudah wujud. Pertanyaan sy, apa yg perlu sy buat? Trmkasih atas keprihatinan dari pihak tuan, utk membalas soalan ini.
Saya sekarang janda dan mahu bernikah lagi tapi knp saya tak boleh isi borang 2c dan 2d..
Saya pon same mcm ni
Nak tnya borng dh lengkap tpi trikh temujanji pda buln 4 tarikh mw nikah bulan 3 jdi mcm mna ye sma ada mw buat surat lain atau bgi je
Kalau sume borang dah isi kene harta dkt pajabat agama balik ke atau kene buat temu janji online lagi
assalammulaikum nak tanya knpa eh sya punya borang tak boleh save dlm laptop hurm
Assalammualaikum, saya mahu bertanya macam mana nak ubah nama saya daripada (bekas isteri dahulu). Bakal suami saya sudah bercerai tapi dia tidak boleh ubah nama saya dalam account nya
Salam, saya nak bertanya kalau kata saya nak bernikah pada 12/11/2021 tetapi saya dah isi borang ncr online tiada apa apa masalah kan? dan soalan saya yang ke-2 kalau kata saya dah letak tarikh nikah 12/11/2021 dalam borang ncr online adakah saya akan dapat tarikh tersebut? Mohon penjelesan 🙂
add orng bolh tolng say add surat nikah tapi saya mau apply yang card macam mana
Nak tanya. Ayah saya penduduk tetap. Boleh jadi wali kan?
assallammualaikum,
kawan saya yg sudah berkahwin ingin bernikah satu lagi dengan seorang janda
bagaimana cara saya hendak mendapatkan borang atau cara mengisi borang online
tkasih
asssalammualaikum
sya nk tanya ..sya x boleh menembusi link e-ncr selangor
boleh ke sya dtg ke pejabat agama dan isi secara manual
Assalamualaikum
Perlu tak kursus kahwin pada umur perempuan 40 tahun
assalamualaikum
apakah kelogikan keperluan surat kahwin ibu bapa untuk anak perempuan ke enam bukan yg pertama.. ibu ayah sudah meninggal. perkahwinan abang2 dan kakak2 pun xde minta surat nikah mak ayah sebab diorang kahwin dekat kelantan. sy di selangor.sekarang saya buntu pak imam tak nak sign. suruh contact pejabat agama.. assume ayah kahwin 1975 kot sebab abg pertama lahir 1976.. tolong
Aslmkom..
Surat nikah saya hilang semasa sibuk berpindah rumah..
Bagaimana cara saya nak dapatkan surat nikah? ..saya akan bersalin anak kedua pada awal Disember 21 nanti..
Sye duda..tggl di klang selengor..ingin menikah di melaka..soalan..perlulah sye buat application di klang
nak pegi mana laman nk print borang kahwin perempuan
Assalamu’alaikum nk tnya cara online daftar nikah perempuan mcm mana ye sbb tekan kt borang 2C tu x blh isi borang tu boleh x ajar
Assalamualaikum selamat petang, nak tanya tuan… Kalau saya nak buat prosedur nikah tu kan online ke trs g jais ya…
Assalamualaikum,
Anak saya lelaki dah isi borang 2a dan save….. Tapi sekarang nak log in semula kata laluan dah tak valid, saya pun dah cuba banyak kali tapi tak berjaya. Mintak tolong Pihak Tuan activate balik pasword boleh ke.
sekian, wassalam
Assalamualaikum Tuan.
Jika saya ingin bernikah di pejabat agama, adakah saya perlu mengisi borang “NIKAH ONLINE” yang terdapat didalam portal? puas saya mencari borang nya, tapi cuma ditemukan nikah secara online sahaja.
saya beranggapan, kemungkinan bulan 10 , 11 tiada lagi pkp atau pkpb. hmm. namun, saya tidak mahu nikah secara atas talian.
Assalamualaikum nak tanya . Kalau kita dah isi , then kita nak ubah dia . Camne eh ?
Saya Zul drp Rawang nk.tanya ttg Cara bgamana Cara procedure utk bernikah dgn psgn Wanita kelahiran negeri kelantan.tetapi menetap di negeri Perak…??
saya ngin bertanya,borang apa sya perlu isi untuk kebenaran nikah dengan warga pakistan,sya dah menghubungi pihak jabatan ugama selangor,mereka menyuruh sya mngisi borang terlebih dahulu,adakah borang itu sama dengan borang nikah warga selangor
Assalamulaikum saya asal kelantan tapi ingin berkahwin di selangor .. saya dah duduk lama selangor tapi masalah sekarang wali saya di johor sekarang waktu pkp tak dibenarkan rentas negeri macam mana ye ?
Assalamualaikum,,saya nak bertanya macam mana nak daftar nikah negeri yang berlainan,,
Laman NCR lamam web paling cikai sekali pernah aku masuk.
Serbab serbi jenis tangkap muat.
Bayangkan dah isi banyak banyak, butang save pun takda?! Pastu kena isi balik
Memalukan nama Islam
Masih memerlukan pencerahan tentang cara2 daftar nikah. Selepas bakal pasangan telah selesai melakukan ujian saringan HIV. Langkah seterusnya adalah, daftar nikah. borang pihak lelaki hendaklah mengisi terlebih dahulu.
Soalan 1: lelaki berasal dari Perak akan tetapi dia telah tinggal dan bekerja di Selangor selama 15tahun. Dia perlu isi borang negeri Selangor atau Perak?
Soalan 2: Perempuan berasal dari Kelantan dan juga telah bekerja di Selangor. Akad nikah di Kelantan. Untuk mengisi borang nikah dan untuk mengambil cop di mana?
Berasal dari Kelantan dan juga telah berkerja dari Selangor
Akad nikah di Selangor