Doa sujud sajadah adalah doa yang dibaca ketika melakukan sujud tilawah, iaitu sujud yang dilakukan apabila seseorang membaca atau mendengar ayat-ayat sajadah dalam Al-Quran. Sujud ini merupakan sunnah muakkad, yang bermaksud ia disunatkan untuk dilakukan tetapi tidak wajib. Terdapat 14 ayat dalam Al-Quran yang termasuk dalam kategori ini.
Dalam keadaan solat berjemaah, makmum perlu mengikuti imam jika imam melakukan sujud sajadah. Jika makmum tidak ikut, solatnya akan batal. Namun, jika imam tidak melakukan sujud sajadah, makmum tidak perlu melakukannya.
Doa Sujud Sajadah
Apa Contoh Ayat Sajadah?
Berikut ialah 3 contoh ayat Sajadah:
Surah Al-A’raf, Ayat 206
“Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.”
Surah Ar-Ra’d, Ayat 15
“Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.”
Surah An-Nahl, Ayat 50
“Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.”
Apa Bacaan Doa Sujud Sajadah?
Ayat ini dibaca di dalam sujud ketika melakukan sujud sajadah:
Dalam Bahasa Arab
سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ، بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ
Dalam Rumi
Sa-ja-da waj-Hi-ya lil-la-dziy kho-la-qo-hu wa-shaw-wa-ra-Hu wa-syaq-qo sam-‘a-Hu wa-ba-sho-ro-Hu bi-hau-li-hi wa-quw-wa-ti-Hi fa-ta-baa-ro-kaL Laa-Hu ah-san-ul khoo-li-qiyn.
Maksudnya
“Aku sujudkan wajahku ini kepada Allah yang menciptanya dan membentuk rupanya, yang membuka pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuasaannya dan penglihatannya dengan kekuasaanNya dan kudratNya. Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.”
Bagaimana Cara Melakukan Sujud Sajadah?
Pelaksanaan sujud Sajadah terbahagi kepada dua, iaitu ketika dalam solat dan di luar solat:
Dalam Solat
Apabila membaca ayat sajadah dalam solat, sujud sajadah dilakukan sejurus selepas membaca ayat tersebut. Berikut adalah tatacara melakukan sujud sajadah dalam solat:
- Mengucapkan takbir.
- Sujud sekali dengan membaca bacaan sujud sajadah.
- Mengucapkan takbir ketika bangun daripada sujud.
- Kembali berdiri tegak dan meneruskan solat.
Di Luar Solat
Sujud sajadah di luar solat juga mempunyai langkah-langkah yang perlu diikuti:
- Menghadap kiblat dan mengucapkan takbir.
- Membaca niat: “Nawaitu sajdata tilawati sunnatan lillahi ta’ala.”
- Sujud sekali seperti dalam solat.
- Duduk dengan membaca takbir dan mengakhiri dengan salam.
Menurut hadis riwayat Imam Bukhari, sujud ini tidak memerlukan wudhu dan pakaian yang bersih, iaitu: “Bahwasanya Ibnu Umar melakukan sujud tilawah (di luar salat) tidak berwudhu lebih dahulu,” (HR Bukhari).
Apakah Hukum Sujud Sajadah?
Hukum melakukan sujud sajadah adalah sunat muakkad, yang membawa maksud bahawa ia sangat digalakkan untuk dilakukan tetapi tidak diwajibkan. Jika dilakukan, ia memberi pahala, tetapi jika ditinggalkan, ia tidak berdosa. Namun, sekiranya dilakukan dalam konteks solat berjemaah, makmum wajib ikut jika imam melakukannya. Jika tidak, solat makmum menjadi batal.
Ayat-Ayat Yang Mengandungi Sujud Sajadah
Terdapat 14 ayat dalam Al-Quran yang mengandungi perintah untuk melakukan sujud tilawah atau sujud sajadah. Ayat-ayat ini ditandai dengan simbol kubah masjid atau perkataan “sajadah” di dalam teks Al-Quran. Berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai tanda ini:
- Surah Al A’raf, Ayat 206
- Surah Ar Ra’d, Ayat 15
- Surah An Nahl, Ayat 50
- Surah Al Isra’, Ayat 109
- Surah Maryam, Ayat 58
- Surah Al Hajj, Ayat 18
- Surah Al Hajj, Ayat 77
- Surah Al Furqan, Ayat 60
- Surah An Naml, Ayat 26
- Surah As Sajdah, Ayat 15
- Surah Fussilat, Ayat 38
- Surah An Najm, Ayat 62
- Surah Al Insyiqaq, Ayat 21
- Surah Al Alaq, Ayat 19
Sebagai contoh, dalam Surah Al A’raf, Ayat 206, disebutkan bahawa malaikat yang berada di sisi Tuhan tidak angkuh dan mereka sujud kepadaNya. Ayat ini mengingatkan kita tentang kepentingan sujud sebagai tanda kerendahan diri dan ketaatan kepada Allah.