Doa dipermudahkan urusan adalah satu permohonan kepada Allah SWT agar setiap urusan hidup yang dihadapi menjadi lebih mudah dan lancar. Dalam kehidupan seharian, kita sering berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang kadangkala sukar untuk ditangani. Doa ini merupakan salah satu cara untuk memohon pertolongan daripada Allah dalam menghadapi cabaran tersebut.
Doa Dipermudahkan Segala Urusan
Apa Lafaz Doa Dipermudahkan Urusan?
Doa ini diambil daripada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas R.A. Ia berbunyi:
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksud
“Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.”
Dalam Rumi
Bacaan doa ini dalam rumi adalah: Allahumma Laa Sahla Illa Maa Ja’altahu Sahla, Wa Anta Taj’alul Hazna Sahlan Idza Syi`Ta Sahla.
Apa Urusan Yang Digalakkan Untuk Berdoa Agar Dipermudahkan Segala Urusan?
Antara urusan yang disarankan agar kita berdoa adalah seperti berikut:
- Untuk bakal ibu, agar dipermudahkan urusan bersalin
- Untuk pelajar, agar dipermudahkan urusan belajar
- Untuk fresh graduate atau yang mencari kerja, semoga dipermudahkan urusan temuduga
- Untuk yang sedang mencari pasangan, agar dipermudahkan urusan jodoh
- Untuk yang bakal ke Mekah dan Madinah, agar dipermudahkan urusan umrah
- Untuk pekerja, agar dipermudahkan urusan kerja
- Untuk bakal pengantin, semoga dipermudahkan urusan perkahwinan
- Untuk waris, semoga dipermudahkan urusan orang sakit
- Untuk isteri, agar dipermudahkan urusan suami
Apa Doa Dipermudahkan Segala Urusan Secara Umum?
Secara umum, doa ini boleh dibaca dalam Bahasa Melayu:
“Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali Engkau yang buat mudah. Dan Engkau yang menjadikan segala kesedihan (dan juga kesulitan). Jika Engkau kehendaki, pasti akan menjadi mudah”
Doa dipermudahkan segala urusan ini diperolehi dari laman Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Urusan Bersalin
Untuk bakal ibu, agar dipermudahkan urusan bersalin, tambah sedikit doa dan masukkan dalam konteks kesakitan yang bakal dihadapi:
“Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali Engkau yang buat mudah. Dan Engkau yang menjadikan segala kesedihan (dan juga kesulitan). Jika Engkau kehendaki, pasti akan menjadi mudah untuk aku bersalin”
Urusan Belajar
Untuk pelajar pula, agar dipermudahkan urusan belajar dan mudah untuk dapat apa yang diajarkan, tambah sedikit doa dan masukkan dalam konteks pembelajaran dan peperiksaan:
“Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali Engkau yang buat mudah. Dan Engkau yang menjadikan segala kesedihan (dan juga kesulitan). Jika Engkau kehendaki, pasti akan menjadi mudah untuk aku belajar dan faham akan sesuatu”
Urusan Temuduga
Untuk yang sedang mencari kerja dan bakal pergi temuduga, agar dipermudahkan urusan temuduga itu, tambah sedikit doa dan masukkan dalam konteks yang berkaitan dengan rezeki:
“Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali Engkau yang buat mudah. Dan Engkau yang menjadikan segala kesedihan (dan juga kesulitan). Jika Engkau kehendaki, pasti akan menjadi mudah untuk aku menghadapi sesi temuduga ini”
Urusan Jodoh
Untuk yang mencari jodoh, agar dipermudahkan urusan mencari pasangan yang baik, tambah sedikit doa dan masukkan dalam konteks yang berkaitan dengan rezeki mendapat pasangan:
“Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali Engkau yang buat mudah. Dan Engkau yang menjadikan segala kesedihan (dan juga kesulitan). Jika Engkau kehendaki, pasti akan menjadi mudah untuk aku mendapat jodoh terbaik mengikut apa yang Kau rezekikan”
Urusan Umrah dan Haji
Untuk yang bakal dijemput Allah ke Mekah dan Madinah, agar dipermudahkan urusan umrah dan haji, tambah sedikit doa:
“Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali Engkau yang buat mudah. Dan Engkau yang menjadikan segala kesedihan (dan juga kesulitan). Jika Engkau kehendaki, pasti akan menjadi mudah untuk aku mengerjakan umrah. Jika Engkau kehendaki, pasti akan menjadi mudah untuk aku mengerjakan haji pada tahun ini.”
Apa Contoh Situasi Doa Dipermudahkan Urusan Digunakan?
Doa dipermudahkan urusan boleh dibaca oleh pelbagai golongan seperti pelajar, pekerja mahupun individu yang sedang diuji dengan penyakit.
Ketika Mahu Masuk Dewan Peperiksaan
Pelajar boleh membaca doa dipermudahkan urusan sebelum memasuki dewan peperiksaan untuk memohon kemudahan dan ketenangan
Semasa Menghadapi Masalah di Tempat Kerja
Pekerja yang menghadapi tekanan kerja boleh mengamalkan doa ini agar diberikan jalan penyelesaian terbaik.
Ketika Menghadapi Masalah Kesihatan
Seseorang yang sedang sakit boleh memohon agar Allah mempermudahkan proses penyembuhan.
Apa Kepentingan Doa Dipermudahkan Urusan?
Doa dipermudahkan urusan amat penting kerana ia melambangkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT. Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Dengan doa, kita memohon agar diberi jalan keluar dan kemudahan dalam setiap urusan yang dilakukan.
Apakah Kelebihan Doa Dipermudahkan Urusan?
Dengan berdoa agar dipermudahkan urusan, individu akan merasa lebih tenang kerana segala kegusaran diserahkan kepada Allah. Sebagai contoh, apabila seseorang itu dalam keadaan tenang, dia lebih mampu untuk menghadapi cabaran hidup dengan baik.
Mengukuhkan Iman
Doa membawa seseorang lebih dekat kepada Allah SWT, mewujudkan sikap kebergantungan kepada-Nya sepenuhnya. Ini secara tidak langsung mengukuhkan keimanan individu tersebut.
Diberikan Kemudahan
Salah satu kelebihan utama doa ini adalah memohon kemudahan daripada Allah dalam urusan seharian termasuk urusan peribadi, keluarga, dan pekerjaan.
Dijauhkan Daripada Kesulitan
Doa ini juga berfungsi sebagai perlindungan agar dijauhkan daripada segala kesulitan dan ujian yang berat.
Menguatkan Ketabahan dan Kekuatan Diri
Dengan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah, seseorang akan menjadi lebih kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan.
Secra ringkas, manfaat membaca doa dipermudahkan urusan adalah seperti berikut:
- Mendapat pertolongan Allah SWT
- Urusan menjadi lancar
- Dijauhkan dari kesulitan
- Memperolehi ketenangan hati
- Ditunjukkan jalan penyelesaian
- Mendapat keberkatan dalam urusan
- Meningkatkan ketakwaan
- Dipermudahkan rezeki
- Mendapat rahmat Allah SWT
- Terhindar dari tekanan dan stress
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Membaca Doa Dipermudahkan Urusan?
Doa agar dipermudahkan urusan boleh dibaca dalam situasi berikut:
- Sebelum memulakan sebarang tugasan
- Ketika menghadapi kesulitan
- Sebelum menghadapi peperiksaan
- Ketika dalam perjalanan
- Sebelum memulakan projek penting
- Dalam menjalankan perniagaan
- Ketika menguruskan dokumen
- Sebelum membuat keputusan penting
- Ketika menghadapi cabaran
- Dalam proses mencapai matlamat
Apakah Amalan-Amalan Tambahan Yang Digalakkan?
Beberapa amalan tambahan yang boleh dilakukan:
- Memperbanyakkan istighfar
- Bersedekah
- Solat hajat
- Menjaga solat lima waktu
- Berbuat baik kepada kedua ibu bapa
- Mengeratkan silaturrahim
- Berdoa dengan penuh yakin
- Bertawakkal kepada Allah SWT
- Bersabar dalam menghadapi ujian
- Sentiasa berzikir kepada Allah SWT
Bagaimana Cara Memanfaatkan Doa Agar Dipermudah Urusan?
Untuk memanfaatkan doa ini, amalkan dengan penuh keyakinan dan keikhlasan setiap kali menghadapi kesulitan atau memulakan sesuatu urusan. Sentiasa ingat bahawa Allah adalah Maha Memudahkan segala sesuatu yang sukar.
Apakah Hubungan Doa dan Usaha?
Doa dan usaha adalah dua perkara yang saling melengkapi. Doa adalah bentuk tawakkal dan pengharapan kepada Allah, sementara usaha adalah tindakan yang perlu dilakukan oleh manusia. Dalam setiap urusan, kita digalakkan untuk berusaha sebaik mungkin disertai dengan doa agar diberikan kemudahan.