Doa Untuk Pelajar SPM (Menghadapi Peperiksaan Besar)

Bagi ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar tahun ini, berikut adalah contoh doa untuk pelajar SPM yang boleh dititipkan untuk mereka.

Bagi pelajar yang mengambil peperiksaan SPM, boleh tukar “anak-anak” kepada “aku” untuk diri sendiri.

Semoga dipermudahkan semua urusan dalam peperiksaan ini nanti.

Doa untuk pelajar SPM

Baca Al-Fatihah dahulu

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ 

ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاك نَسْتَعِينُ۞ 

اهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞

صِرَاطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

امين

بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ

أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء  وَالْمُرْسَلِيْن

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

 

Doa ibu-bapa untuk anak exam SPM

Ya Allah,

Anak-anak kami akan menduduki peperiksaan. Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

Ya Allah,

Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah,

Berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat manfaatkan ilmu yg diajar guru2, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.

Ya Allah,

kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH.

Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.

Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu Ya Allah.

Ya Allah,

Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak jiran, rakan dan sahabat kami YA ALLAH.

Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa kami ini.

 

Doa untuk pelajar yang menduduki SPM

Ya Allah,

Kau dekatkanlah hatiku dam bimbinglah ia untuk mempelajari topik yang bakal keluar dalam SPM
Kurniakanlah aku ilham dan kemudahan untuk memahami topik tersebut

Ya Allah,

Berikan aku petunjuk agar aku dapat fokus pada topik yang benar-benar keluar dalam SPM
Kurniakanlah aku kefahaman dan ingatan yang tajam

Ya Allah,

Jauhkanlah aku daripada maksiat agar aku dapat mendalami ilmu dengan baik

Ya Allah,

Perkenankanlah doa kami ini.

 

Doa tambahan

 

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 

رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.

 رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. 

وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ و by vَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. 

سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ 

وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

 آمين يا رب العالمين.

 

Zikir mengambil peperiksaan SPM

Sebagai maklumat tambahan, kepada ibu-bapa yang mempunyai anak yang sedang dan akan mengambil peperiksaan SPM, amalkan zikir ini. Kekuatannya adalah dari Asmaul Husna.

Maklumat ini adalah rentetan perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa berkenaan kekuatan Asmaul Husna.

Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam

Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan 1x

Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

Allahumma 1x
Ya Baari’. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepada-Mu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini
Ya Allah, Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah, aku tiada daya 1x.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam, zikirlah.

Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan betul dan tersenyum. Pastikan anak-anak ada dalam keadaan berwuduk semasa melangkah keluar dan mahu pergi ke sekolah. Kalau batal wuduk, tak mengapa. Mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga.

Mudah-mudahan perkongisan doa untuk pelajar SPM dan zikir Asmaulhusna ini dapat memberikan manfaat. 

Ingatlah, kita semua tak akan tahu apa yang akan keluar dalam SPM. Sehebat mana pun cikgu buat ramalan apa yang akan keluar dalam peperiksaan SPM, pada akhirnya, hanya Allah yang tahu. Amalkan solat-solat sunat seperti solat tahajud dan solat taubat supaya mendapat ketenangan dan keredhaan dari Allah.

Semoga Allah bimbing hati kita semua.


Leave a Comment