Alangkah indahnya jika kita sentiasa melazimi doa-doa harian dalam hidup kita. Kali ini, kami ingin berkongsi doa sebelum tidur dan juga doa bangun tidur yang boleh diamalkan.
Tidur adalah salah satu perkara terpenting dalam hidup. Tidur yang nyenyak membantu kita pulih dari tekanan, kegelisahan dan semua negatif dari hari ke hari.
Namun, kadang-kadang memang sukar untuk tidur nyenyak. Sesetengah orang mengalami masalah tidur tetapi ada juga yang tidak dapat tidur sama sekali walaupun sudah baca doa susah tidur malam. Ini mungkin disebabkan oleh pengambilan ubat atau tekanan yang berlebihan.
Bagi orang Islam, faktor spiritual juga penting. Untuk mendapat tidur yang tenang dan diberikati, bacaan doa sebelum tidur sangat-sangat digalakkan.
Izinkan kami berkongsi.
1. Bacaan doa sebelum tidur malam
Berikut ialah bacaan yang perlu dibaca sebelum melabuhkan kepada ke atas bantal:
2. Doa sebelum tidur dalam rumi
Bagi anda yang tidak berapa mahir dalam Bahasa Arab ataupun tulisan Jawi, berikut ialah bacaan doa sebelum tidur dalam rumi:
Bismika Allahumma Ahyaa Wa Amut
3. Maksud doa sebelum tidur
Berikut pula ialah makna bacaan doa selepas bangun dari tidur:
Dengan nama Engkau Ya Allah, aku hidup dan aku mati
4. Adab sebelum tidur mengikut sunnah
Secara ringkasnya, untuk adab sebelum tidur, adalah disarankan kita mengikuti sunnah Rasulullah seperti berikut:
- Berwuduk sebelum tidur, sepertimana mahu solat
- Baring pada sisi kanan
- Baca 3 Qul
- Baca Ayatul Kursi
- Baca doa tidur
Boleh rujuk etika tidur Nabi Muhammad di sini.
Baca Surah Al Fatihah
Baca 3 Qul (Surah Al Ikhlas)
Surah Al Ikhlas dalam rumi
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim Qul huwa Allahu ahad Allahus-samad Lam yalid walam yulad Walam yakun lahu kufuwan ahad
Terjemahan dan maksud Surah Al Ikhlas
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Baca 3 Qul (Surah Al Falaq)
Terjemahan dan maksud Surah Al Falaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
Baca 3 Qul (Surah An Nas)
Terjemahan dan maksud Surah An Nas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
Baca Ayat Kursi
Ayat kursi dalam rumi
Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm, lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard Man zhal-lazhi yashfa'u 'indahu illa bi-izhnihi Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum, wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard, wa la ya'uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Azheem
Maksud ayat kursi
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
5. Bacaan doa tidur Upin Ipin
6. Bacaan doa tidur Omar Hana
Akhir kalam
Semoga kita semua mendapat tidur yang cukup dan yang paling penting tidur yang berkat. Jika susah tidur, ulang-ulang bacaan agar mudah tidur. Lebih baik, ambil wudhu sebelum tidur.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Buku Doa Harian Zakat Selangor, YouTube Upin & Ipin dan YouTube Omar & Hana