Doa Perpisahan Majlis Ringkas (Untuk Guru, Pegawai, Kakitangan)

Untuk mengakhiri sesuatu majlis perpisahan seperti ketua jabatan, pegawai dan pekerja lain di tempat kerja, boleh baca doa perpisahan majlis ini.

Juga boleh dibaca untuk majlis persaraan teman sekerja seperti guru dan kakitangan yang berpindah ke tempat lain.

Doa perpisahan majlis

1. Doa perpisahan dalam Bahasa Arab

 

2. Penutup doa perpisahan

Selepas membaca doa ini, ucapkanlah “Taqabbalallahu minkum” yang bermaksud “Mudah-mudahan diterima Allah, kerja-kerja baik daripada Tuan-tuan dan Puan-Puan sekelian”

Sekelian yang hadir juga boleh menyambutnya dengan berkata “Minna waminkum taqabbal ya karim” yang bererti “Daripada kami dan Tuan-tuan juga sama-sama diterima Allah. Mudah-mudahan”

Ucapan di atas boleh juga digunakan selepas selesai membaca apa-apa doa.

 

3. Maksud doa dalam Bahasa Melayu

 

Maksudnya:

Segala pujian bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w semulia-mulia rasul, seta juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda

Ya Allah, wahai Tuhan kami. Jadikanlah apa kiranya perkumpulan kami ini sebagai perkumpulan yang dirahmati. Dan perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang terpelihara. Jangan apalah kiranya Tuhan kami jadikan sekelian yang ada di dalam kalangan kami ini, sekelian yang berserta kami dan sekelian yang mengikut kami akan mendapat kecelakaan, dipencilkan atau tersekat dari beroleh rahmat.

Kurniakanlah kepada kami akan orang yang tidak baik yang ada di kalangan kami dapat dipimpin oleh orang yang baik yang ada di kalangan kami, orang yang cuai dapat dipimpin oleh orang yang rajin bekerja dari kalangan kami

Kurniakanlah kepada kami kebaikan semuanya dengan berkat keagungan zat-Mu yang bersifat Al-Karim. Ya Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Barang dicucuri Allah akan rahmat dan sejahtera jua ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian.

 

Akhir kalam

Janganlah perpisahan ini menjadi pemutus hubungan. Semoga kita terus berhubungan dan bertanya-khabar dengan mereka.

Boleh juga ubah sedikit untuk kawan-kawan sekolah seperti murid Tahun 6 atau Tingkatan 5 dan lain-lain yang juga berpisah sesama mereka.

Semoga dipermudahkan semua urusan bagi yang berpisah dan juga yang masih ada.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Buku Wirid dan Doa oleh Haji Jamaluddin Hashim yang diterbitkan oleh Lembaga Penerbitan Jabatan Agama Johor


2 thoughts on “Doa Perpisahan Majlis Ringkas (Untuk Guru, Pegawai, Kakitangan)”

  1. Aku tahu duit KWSP saya hari ini juga dimasukkan ke dalam akaun bink saya dan yang lain pun sama dapat hari ini juga.yes Yes Yes ma kasih KWSP.

    Reply

Leave a Comment