Doa Khatam Quran Yang Ringkas (Terjemahan Bahasa Melayu)

Tahniah kerana anda sekarang berada di Juzuk 30; bakal khatam Al-Quran, dan sedang mencari-cari doa khatam Quran sebagai penutup.

Atau anda mungkin baru sahaja menghabiskan helaian terakhir Al-Quran. Perasaan sedih, suka, sebak bercampur-baur.

Macam tak sangka boleh menghabiskan Al-Quran, walaupun secara perlahan-lahan bukan?.

Lepas ini, boleh mula cuba hafal Quran pula. Bukan hanya baca sahaja.

Mohon izin kami berkongsi doa khatam Al-Quran untuk panduan semua.

1. Doa khatam Quran dalam Bahasa Arab

Berikut ialah doa khatam Quran dalam Bahasa Arab yang kami scan untuk rujukan semua. Ia ada dalam Al-Quran Resmi Uthmani seperti dalam gambar yang Quran terserbut berwarna oren.

Klik gambar untuk saiz yang lebih besar

Boleh download doa khatam Quran dalam bentuk PDF di sini.

 

2. Doa dalam Bahasa Melayu (Terjemahan)

Bagi yang mungkin mahu feeling lebih kerana mungkin tidak berapa faham Bahasa Arab, berikut ialah terjemahan doa khatam Quran dalam Bahasa Melayu yang ditulis dengan tulisan Jawi.

Oleh kerana kami faham tidak ramai juga yang boleh baca Jawi, kami tulis dalam Bahasa Melayu biasa. Cuma kami tidak tulis dalam rumi.

Boleh download terjemahan doa khatam Quran dalam tulisan Jawi ini dalam bentuk PDF di sini.

Terjemahan doa khatam Quran

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. Pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. Dan selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad s.a.w dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami!

Terimalah doa dan amalan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Yang Maha Mengetahui. 

Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat, Lagi Maha Mengasihani. Tunjukkanlah dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran.

Ya Allah!

Kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran. Dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami.

Ya Allah!

Ingatkanlah kami apa yang telah kami dilupakan dari Al-Quran. Dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran.

Dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang. Dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hajat untuk kami, wahai Tuhan pemelihara sekelian alam.

Ya Allah!

Hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran. Muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-Quran.

Dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al-Quran. Dan pakaikanlah kami dengan permata Al-Quran.

Masukkan kami ke dalam Syurga dengan syafaat Al-Quran.

Selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya Allah!

Jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan, dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra. Pada hari kiamat sebagai pembantu dan sebagai cahaya penyuluh. Semasa menuju ke Syurga sebagai teman dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka.

Dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan. Dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah!

Tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al-Quran. Selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran. Tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran. Dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran.

Ya Allah!

Tuhan yang empunya segala macam kelebihan Al-Quran. Dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran.

Ya Allah!

Tuhan yang mempunyai segala macam kelebihan dah ihsan.

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian.

Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan. Dan selamat sejahtera kepada sekelian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

 

3. Doa khatam Quran dari Bahagian Dakwah Jakim

Berikut pula doa khatam Quran dari Facebook Bahagian Dakwah, Jakim.

Doa khatam Quran JAKIM

Terjemahan doa khatam Quran JAKIM

Maksud doa khatam Quran (i):

Segala puji bagi Alah Tuhan sekelian alam, dan kesudahan yang baik bagi mereka yang bertaqwa. Dan tiada permusuhan kecuali atas mereka yang zalim. Dan selawat serta salam atas semulia-mulis para Nabi dan para Rasul dan keluarganya serta sekelian sahabatnya.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,

Terimalah doa dan amalan kami.

Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, dan terimalah taubat kami.

Sesungguhnya Engkaulah yang Mana Menerima Taubat, lagi Maha Mengasihani. Dan tunjukkanlah kami serta bimbinglah kami ke jalan yang lurus dengan keberkatan al-Quran yang mulia.

 

Sambungan maksud doa khatam Quran (ii):

Terjemahan doa khatam Quran

Sambungan maksud doa khatam Quran (iii):

Doa habis Quran

Akhir kalam

Sebagai nota tambahan, doa khatam Quran yang di atas diambil dari cetakan dan terbitan ketiga pada tahun 2006, oleh Percetakan Almuarif Sdn Bhd.

Semoga perkongsian doa khatam Al-Quran terjemahan dalam Bahasa Melayu ini dapat memberikan manfaat.


1 thought on “Doa Khatam Quran Yang Ringkas (Terjemahan Bahasa Melayu)”

Leave a Comment