Berikut ialah doa keluar tandas yang anda boleh guna dan amalkan. Jika anda tidak mahir dalam Bahasa Arab, kami sediakan sekali bacaan dalam rumi berserta maksudnya.
Doa keluar tandas
Dalam rumi
Alhamdulillahillazi Azhaba ‘Annil Aza Wa ‘Afani
Terjemahan maksud
Segala puji bagi Allah yang menghilangkan daripadaku kesakitan dan menyembuhkan aku.
Doa keluar tandas Upin Ipin
Agar lebih mudah difahami oleh anak-anak kecil, disertakan doa dari animasi Upin Ipin.
Selain itu, kami sertakan juga perkongsian dalam bentuk animasi yang lain dari Alif & Sofia.
Adab keluar tandas
Tidak lengkap perkongsian ini tanpa berkongsi sekali adab-adabnya.
- Sebelum keluar, bersihkan dahulu tandas untuk kegunaan orang lain selepas kita
- Keluar dengan didahului kaki kanan
Akhir kalam
Semoga perkongsian doa ini dapat memberikan manfaat. Sama-sama kita amalkan setiap kali melangkah keluar dari tandas selepas menunaikan hajat.
Pastikan mengikut adab berdoa dalam Islam yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.
Jemput juga untuk baca himpunan doa-doa lain seperti doa selepas solat.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Buku Surah Pilihan Doa Harian dari zakatselangor.com.my