Doa Berjimak (Dan Adab Sebelum Bersetubuh Dalam Islam)

Jangan anggap ini adalah benda yang tidak elok. Bagi suami isteri yang hubungan sudah halal, sepatutnya tidak perlu ada rasa malu. Cuma pastikan mengikut adab berdoa dalam Islam iaitu membaca doa berjimak sebelum melakukan hubungan suami isteri.

Langkau artikel ini jika mahu tahu niat mandi wajib.

Doa sebelum berjimak

Berikut ialah screenhost dari buku Himpunan Doa-doa Kekeluargaan, susunan Ustaz Wan Mohd Yusof Wan Ali, dari penerbit A.S Nordeen.

Doa bersetubuh menurut ajaran Islam

Berikut pula ialah maksud doa sebelum bersetubuh dalam Bahasa Melayu yang diambil dari buku himpunan doa tadi:

Doa sebelum bersetubuh

Maksud doa sebelum berjimak

Ya Allah, Ya Tuhanku, hindarilah daripada syaitan dan singkirkanlah syaitan itu dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak)

Dengan kata lain, kita berdoa agar syaitan tidak bersama-sama kita dalam menyetubuhi isteri. Mohon perlindungan agar persetubuhan kita dilindungi dari syaitan, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk mendapat anak.

Jika dari persetubuhan itu dikurniakan anak, semoga hubungan suami isteri itu adalah hubungan yang diberkati.

Jangan terus mendatangi isteri secara melulu tanpa segan silu. Benar, ciri-ciri suami yang romantik itu yang manjakan isteri. Akan tetapi, buatlah dengan beradab.

 

Doa berjimak dalam rumi

Bagi yang tidak mahir dalam Bahasa Arab, berikut ialah bacaaan doa sebelum bersetubuh dalam rumi.

Allahumma jannibis syaiton, wajannibisy syaitona ma rozaq ta na

 

Cara berjimak agar cepat hamil

Selain doa bersetubuh, jemput juga baca penulisan kami tentang cara buat anak untuk yang mahu mengandung selepas haid.

Jika haid datang lambat selepas bersetubuh, ada kemungkinan anda mengandung.

Jika ragu-ragu, sila jumpa doktor untuk buat pengesahan.

 

Cara bersetubuh agar dapat tahan lebih lama

Tidak ada panduan spesifik agar dapat bertahan lama semasa bersama isteri. Namun, ini adalah beberap pandangan yang boleh digunapakai:

  • Pastikan baca doa sebelum bersetubuh
  • Otak fikirkan perkara lain, jangan terlalu melayan kenikmatan
  • Kira nombor 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 berulang-ulang supaya boleh mengalih perhatian
  • Pakai sarung getah (cuma jangan pakai jika sedang berusaha untuk mendapatkan bayi)

 

Mimpi bersetubuh dengan isteri atau suami

Selain doa sebelum bersetubuh yang dikongsikan di atas, ada juga perkara tentang mimpi bersetubuh, iaitu samada isteri atau suami.

Menurut buku Ensiklopedia Tafsir Mimpi Menurut Tradisi Islam tulisan Muhammad Ibnu Sirin:

  • Jika suami mimpi bersetubuh dengan isteri seperti biasa, itu bererti suatu kebaikan
  • Jika mimpi bersetubuh dengan syahwat yang kuat, bererti memperolehi hasil
  • Jika mimpi bersetubuh tetapi tidak boleh mencapai klimaks, itu bererti membahas ilmu yang sukar dihuraikan
  • Jika seseorang itu mimpi bersetubuh dengan isteri yang telah meninggal dunia, ia bererti sesuatu yang tidak baik.
  • Jika seseorang itu mimpi bersetubuh dengan isterinya yang melarikan diri, itu bererti tidak baik sama sekali

 

Adab bersetubuh suami isteri

Menurut laman Mufti Wilayah Pesekutuan, para ulama Syafieyyah menggariskan bahawa suami diharuskan untuk menikmati setiap inci bahagian tubuh isterinya.

Namun, ada dua pengecualian:

  • Makruh bagi suami untuk melihat kepada faraj dan bahagian dalamnya lebih dimakruhkan
  • Diharamkan bagi suami untuk menyetubuhi isterinya pada dubur

Justeru, para ulama juga menyatakan bahawa harus hukumnya bagi seorang suami untuk menyentuh dan bermain-main dengan alat sulit isterinya, bukan dengan cara yang merosakkan.

Pastikan baca doa sebelum bersetubuh sebelum melakukan aktiviti atas katil.

Segala aktiviti dalam kelambu suami isteri ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh adab dan penghormatan antara satu pasangan dengan yang lain.

Keredaan dan keizinan pasangan itu penting untuk mencapai ketenteraman dan kepuasan yang diredhai Allah SWT

Boleh disimpulkan di sini, hukum bermain-main dengan menggunakan mulut dan lain-lain adalah diharuskan oleh syarak.

Namun, ia adalah dengan syarat bahawa ia tidak membawa kepada penyakit dan masalah kesihatan.

Hubungan suami isteri ini juga mestilah dilakukan secara konsensual atau suka-sama-suka dan tidak membawa kepada kerosakan dan dilakukan dengan penuh adab. Antara ciri-ciri suami yang baik juga, janganlah memaksa.

Begitu juga bagi isteri terhadap suami.

Sebarang teknik untuk menambahkan lagi kualiti hubungan suami dan isteri amatlah wajar dilakukan, selagi mana tidak melibatkan perkara yang haram seperti liwat dan menelan najis yang begitu menjijikkan.

 

Akhir kalam

Para suami, pastikan membaca doa berjimak sebelum mendatangi isteri. Para isteri juga, ingatkan suami untuk baca doa sebelum bersetubuh, demi menjaga adab yang diajarkan oleh Islam.

Harus diingat, berhubungan badan antara suami isteri itu adalah ibadah juga. Maka, lakukanlah dengan penuh adab.

Dan jangan hanya fikirkan hubungan atas katil semata-mata. Ikutlah cara menjaga hubungan suami isteri, agar hidup sentiasa dirahmati.

Semoga bermanfaat.


1 thought on “Doa Berjimak (Dan Adab Sebelum Bersetubuh Dalam Islam)”

  1. As salam, abang nak tanya jus akar kayu ni apa jenis ramuannya. Apa bukti atau testimoni yg.boleh abang percaya. Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment