Cara Sujud Sahwi (Panduan Lengkap Dalam Rumi)

Kepada anda yang tertanya-tanya soalan tentang sujud sahwi dan bagaimana kaedah beserta hukum untuk sujud sahwi ini, jangan risau kerana pada hari ini kami akan menerangkan kepada anda dengan jelas tentang cara sujud sahwi beserta segala panduan yang anda perlukan untuk melakukan sujud sahwi.

Cara sujud sahwi

Panduan ini akan menghuraikan segala yang anda perlu tahu tentang cara sujud sahwi dengan betul secara langkah-langkah yang betul yang dirujuk dari Mufti Wilayah Persekutuan.

Bacaan juga telah kami permudahkan dengan menulis ejaan dalam bahasa rumi agar anda yang tidak boleh membaca Arab akan lebih mudah faham dengan bantuan ejaan dalam bahasa rumi ini.

Sedikit sebanyak tentang sujud sahwi

Jadi apakah sujud sahwi? Sahwi di dalam bahasa arab bermaksud lupa atau lalai terhadap sesuatu, ataupun meninggalkan sesuatu itu secara tidak sengaja kerana terlupa dan tidak fokus.

Sifat semulajadi manusia adalah lupa. Oleh itu, pensyariatan sujud sahwi adalah sebuah pengiktirafan Allah kepada sifat makhluk yang bernama manusia yang sering terlupa.

Dari segi syarak, sahwi membawa maksud kekurangan yang dilakukan secara sengaja dan tidak sengaja ketika sedang menunaikan solat. Oleh itu, sujud sahwi bertujuan untuk menutup kekurangan tersebut.

Niat sujud sahwi

“Sahaja aku melakukan sujud sahwi”

Bacaan Dalam Sujud

Lafaz ini dibacakan 3 kali dalam sujud sahwi:
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ
Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu

Maksudnya: “Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa”

Bagaimana cara sujud sahwi yang betul?

Untuk mengetahui kaedah sujud sahwi, ikuti dan fahami langkah di bawah ini.

Sekiranya anda ingin melakukan sujud sahwi anda boleh mula berniat untuk melakukan sujud sahwi pada hujung solat anda sejurus sebelum salam atau selepas salam.

  1. Anda boleh berniat dalam bahasa rumi, kerana lafaz niat sahwi tidak ditentukan. Anda boleh berniat seperti ini, “Sahaja aku melakukan sujud sahwi” dan lafazkan di dalam hati anda.
  2. Sujud sahwi terdapat dua bahagian iaitu pertama dan kedua. Untuk sujud sahwi pertama, apabila selesai membaca tahiyat akhir dan sebelum memberikan salam, terus sujud untuk sujud sahwi pertama dan bacalah bacaan “SubhaaNa Man Laa YaNaaMu Walaa Yas-Huu (Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa)” sebanyak 3 kali.
  3. Selepas itu bangkit dan kembali ke kedudukan duduk antara dua sujud kembali.
  4. Apabila dalam keadaan ini, anda mempunyai dua pilihan, anda boleh membaca bacaan antara dua sujud solat fardu atau anda boleh memilih untuk diam sahaja beserta tamakninah (diam sebentar).
  5. Kemudian, anda boleh lakukan sujud sahwi kedua dan bacalah bacaan yang sama seperti sujud sahwi pertama sebentar tadi.
  6. Selesai sujud yang kedua, kembali ke kedudukan duduk antara dua sujud seperti anda sedang melakukan tahiyat akhir dan terus ucapkan salam “Assalamu;Alaikum Warah matullah (Keselamatan ke atas kamu dan rahmat Allah)”.

Sujud sahwi dilakukan ketika bila?

Berikut adalah antara beberapa sebab seseorang perlu melakukan sujud sahwi:

  1. Tertinggal rukun solat (kecuali niat dan takbiratul ihram).
  2. Ragu-ragu terhadap bilangan rakaat dalam solat.
  3. Melakukan perbuatan yang dilarang dalam solat.
  4. Melakukan rukun bukan pada tempatnya.
  5. Meninggalkan Sunat Ab’adh.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian pada hari ini akan memudahkan urusan anda untuk melakukan sujud sahwi.

Sekiranya anda inginkan panduan lain seperti niat solat jamak takdim dan niat solat jamak takhir, klik sahaja pada pautan ini di mana kami ada sediakan panduan khas untuk rujukan anda.

Jemput juga baca cara solat duduk atas kerusi.

Semoga bermanfaat.


3 thoughts on “Cara Sujud Sahwi (Panduan Lengkap Dalam Rumi)”

  1. Alhamdulillah Masya Allah laa quwwata illa billah. Terima kasih atas info lengkap sujud sahwi yang berguna ini. Tqvm

    Reply
  2. Assalamualaikum wrt wbkt.

    Salah satu sebab seseorang perlu melakukan sujud sahwi mengikut keterangan disini ialah tertinggal rukun solat (kecuali niat dan takbiratul ihram).

    Membaca Al Fatihah pada setiap rakaat itu rukun solat,apabila terlupa boleh ke kita buat sujud sahwi?
    Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment