Bila hati tidak keruan dah berbolak-balik, kita semua disarankan agar melaksanakan solat istikharah. Bila keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan kerana setelah meneliti kedua-dua pilihan, masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Maka, carilah cara solat istikharah untuk menenangkan diri.
Jika hal seperti ini terjadi, hendaklah menyerahkan kepada Allah untuk memberikan ilham dan petunjuk.
Samada tentang cinta, jodoh, cerai atau kerja sekalipun, kita semua digalakkan untuk solat istikharah agar mendapat petunjuk dari Allah.
Keraguan dalam hati
Seperti yang dikongsikan di atas, pasti akan timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu hal.
Contohnya:
- Pilih si A atau si B?
- Pilih kerja A atau kerja B?
- Perlu terima atau tolak?
- Perlu bertahan atau berpisah?
Jadi, izinkan kami berkongsi cara solat istikharah yang ringkas.
Sebelum itu, kami juga akan berkongsi beberapa maklumat berkaitan tentang sembahyang istikharah.
Maksud solat istikharah
Istikharah dari segi amalan adalah bermaksud untuk meminta yang terbaik. Kadang-kala kita didatangi dengan pelbagai pilihan, samada yang menarik atau tidak.
Ada buruk dan baiknya dalam memilih antara dua. Kadang-kala pula, tiada pilihan langsung dimana kita sedang terduduk buntu memilih jalan dan pintu apa yang harus dilalui.
Mengikut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula, solat istikharah adalah satu cara memohon petunjuk dan jalan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dihadapai. Ianya adalah satu sunnah yang diajarkan oleh Nabi s.a.w kepada umatnya.
Hukum solat isktikharah adalah sunat. Bagi sesiapa yang ada hajat atau ingin memohon petunjuk tentang satu perkara yang ingin dilakukannya maka disunatkan kepadanya solat dua rakaat dan berdoa dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi saw.
Tujuan solat istikharah
“Pergilah solat istikharah”, detik hati apabila selalu sangat berbolak-balik untuk membuat keputusan.
Namun, jangan sewenangnya meletakkan seluruh ‘tanggungjawab membuat pilihan ke atas solat tersebut. Apa guna segala deria dan akal fikiran yang telah Tuhan berikan nikmat?
Pertama sekali, nilaikan dan senaraikan baik dan buruk setiap pilihan yang ada di atas kertas. Kemudian boleh mencuba untuk mencari maklumat dan bertanyakan kepada orang yang berpengetahuan agama, dipercayai dan bijaksana. Begitulah nasihat dari Imam Al-Nawawi.
Sekiranya sudah berusaha namun masih belum boleh memilih, di sini gunanya solat istikharah kepada kita. Kita memohon supaya Allah SWT memberi ilham dan petunjuk kepada kita dalam membuat keputusan yang terbaik.
Waktu solat istikharah
Rakaat solat ini adalah sebanyak dua rakaat sehingga dua belas rakaat, bergantung kepada setiap individu. Ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, pagi, petang atau malam.
Waktu sesuai solat istikharah, boleh juga dilakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Imam Abdul Al-Wahab Al-Sha’rani dan Sheikh Ibnu Al-Arabi pula mencadangkan ia dilakukan pada waktu dhuha, iaitu pada waktu ‘cantik’ dan waktu ‘rezeki’ di mana ketika fajar sudah mula terbit sehingga sebelum tengahari.
Antara waktu sesuai istikharah yang lain, boleh dilakukan pada sepertiga malam. Selepas solat tahajjud, boleh sahaja melakukan sembahyang istikharah.
Suasana juga lebih tenang di waktu menghampiri subuh.
Panduan sembahyang Istikharah (Bergambar)
Cara solat istikharah paling ringkas (Untuk jodoh)
Sekiranya dalam perjalanan atau mengalami haid, memadai dengan membaca doanya sahaja. Manakala berikut adalah cara solat istikarah yang ringkas bagi yang mampu;
Niat
Niat dalam hati “Sahaja aku solat sunat istikarah dua rakaat kerana Allah Taala.”
Rakaat pertama
Rakaat pertama, bacalah Surah Al-Fatihah & Surah Al-Kafirun / tujuh kali ayat Al-Kursi
Rakaat kedua
Rakaat kedua, bacalah Surah Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas
Ketika sujud terakhir, pohonlah kepada Allah S.W.T memberikan petunjuk dalam memilih jodoh yang terbaik untuk diri kita. Adakah dia pasangan terbaik? Mudah-mudahan Allah memberikan pertolongan.
Salam
Selepas memberi salam, bacalah Alhamdulillah, berselawat dan diikuti bacaan doa istikarah.
Doa selepas solat istikharah (Untuk jodoh)
Dalam soal jodoh dan memilih pasangan hidup, anda boleh tukarkan tempat kosong dengan nama khusus seseorang.
Walaubagaimanapun, anda bebas untuk menggunakan ayat sendiri yang lebih anda fahami kerana Allah Maha Mengetahui apa yang anda ingin nyatakan.
Doa boleh dibaca dalam bahasa Arab atau terjemahan Bahasa Melayu sepertimana berikut;
“Ya Allah, aku memohon agar Engkau memilihkan mana yang baik pada ilmu Engkau ya Allah. Aku memohon agar Engkau memberikan kepastian melalui ketentuanMu dan aku memohon limpahan Engkau Yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa, walhal aku tidak tahu dan Engkaulah Yang Amat Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.”
“Ya Allah, dalam urusan memilih jodoh ini, sekiranya aku memilih __________ sebagai pasangan hidupku itu baik bagiku, baik bagi agamaku, dan baik bagi hidupku, maka mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan didalamnya untukku.”
“Ya Allah, sesungguhnya dalam urusan memilih jodoh ini, sekiranya aku memilih _________ sebagai pasangan hidupku itu tidak baik bagiku, tidak baik bagi agamaku, tidak baik untuk penghidupanku, dan juga tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya.
Takdirkanlah aku dengan kebaikan di mana sahaja aku berada kemudian jadikanlah aku orang yang redha atas anugerah Mu.”
Cara solat istikharah paling mudah (Untuk cerai)
Sekiranya dalam perjalanan atau mengalami haid, memadai dengan membaca doanya sahaja. Manakala berikut adalah cara solat istikarah yang ringkas bagi yang mampu;
Niat
Niat dalam hati “Sahaja aku solat sunat istikarah dua rakaat kerana Allah Taala.”
Rakaat pertama
Rakaat pertama, bacalah Surah Al-Fatihah & Surah Al-Kafirun / tujuh kali ayat Al-Kursi
Rakaat kedua
Rakaat kedua, bacalah Surah Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas
Ketika sujud terakhir, pohonlah kepada Allah S.W.T memberikan petunjuk dalam memilih untuk bertahan untuk anak-anak atau berpisah. Mudah-mudahan Allah memberikan pertolongan.
Salam
Selepas memberi salam, bacalah Alhamdulillah, berselawat dan diikuti bacaan doa istikarah
Doa selepas solat istikharah (Untuk bercerai)
Di bahagian atas tadi, pening memikirkan untuk memilih jodoh yang sesuai.
Sebaliknya, ini adalah tentang mempertahankan jodoh sedia ada.
Jika hubungan rumah tangga tidak lagi seperti dulu, mungkin anda sedang berkira-kira untuk bercerai. Sebelum bercerai, ada baiknya lakukan solat istikharah. Jangan ambil keputusan mendadak.
Walaubagaimanapun, adalah lebih afdal sekiranya anda menyebut dan ‘berbual-bual’ dengan Allah dalam doa. Pasti, ini adalah antara salah satu keputusan yang sangat sukar untuk ada. Ia bakal memberi impak kepada keluarga dan anak-anak.
Doa sahaja terlebih dahulu. Serahkan semuanya pada Allah.
Berdoalah.
“Ya Allah! Jika jodoh aku dengan dia ini masih lagi kuat, kau kekalkanlah hubungan kami. Namun, jika bercerai itu lebih baik untukku, untuk anak-anakku, untuk keluargaku, untuk masa depanku dan untuk agamaku, maka kau permudahkanlah”.
Ini hanya sekadar contoh. Anda boleh tambah lagi doa tersebut dalam Bahasa Melayu, mengikut apa yang ada dalam hati. Menangis, merintihlah pada Allah.
Cara solat istikharah paling ringkas (Untuk kerja)
Sekiranya dalam perjalanan atau mengalami haid, memadai dengan membaca doanya sahaja. Manakala berikut adalah cara solat istikarah yang ringkas bagi yang mampu;
Niat
Niat dalam hati “Sahaja aku solat sunat istikarah dua rakaat kerana Allah Taala.”
Rakaat pertama
Rakaat pertama, bacalah Surah Al-Fatihah & Surah Al-Kafirun / tujuh kali ayat Al-Kursi
Rakaat kedua
Rakaat kedua, bacalah Surah Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas
Ketika sujud terakhir, pohonlah kepada Allah S.W.T memberikan petunjuk dalam memilih jodoh yang terbaik untuk diri kita. Adakah dia pasangan terbaik? Mudah-mudahan Allah memberikan pertolongan.
Salam
Selepas memberi salam, bacalah Alhamdulillah, berselawat dan diikuti bacaan doa istikarah
Doa selepas solat istikharah (Untuk kerja)
Selepas habis belajar, mungkin anda mendapat tawaran kerja pula. Contohnya, satu tawaran dari Petronas dan satu lagi dari Telekom Malaysia. Tentu pening kepala untuk memilih salah satu.
Berdoalah.
Dalam soal memilih perkerjaan, anda boleh tukarkan tempat kosong jawatan yang ditawarkan dan bakal syarikat itu.
Walaubagaimanapun, anda bebas untuk menggunakan ayat sendiri yang lebih anda fahami kerana Allah Maha Mengetahui apa yang anda ingin nyatakan.
Doa boleh dibaca dalam bahasa Arab atau terjemahan Bahasa Melayu sepertimana berikut;
“Ya Allah, aku memohon agar Engkau memilihkan mana yang baik pada ilmu Engkau ya Allah. Aku memohon agar Engkau memberikan kepastian melalui ketentuanMu dan aku memohon limpahan Engkau Yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa, walhal aku tidak tahu dan Engkaulah Yang Amat Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.”
“Ya Allah, dalam urusan memilih kerja ini, sekiranya aku memilih kerja sebagai __________ di __________ itu baik bagiku, baik bagi agamaku, dan baik bagi hidupku, maka mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan didalamnya untukku.”
“Ya Allah, sesungguhnya dalam urusan memilih kerja ini, sekiranya aku memilih kerja sebagai ___________ di ___________ itu tidak baik bagiku, tidak baik bagi agamaku, tidak baik untuk penghidupanku, dan juga tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya.
Takdirkanlah aku dengan kebaikan di mana sahaja aku berada kemudian jadikanlah aku orang yang redha atas anugerah Mu.”
Contoh lain doa selepas sembahyang
Ya Allah,
Aku memohon petunjuk memiliah yang baik dalam pengetahuan-Mu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudrat-Mu dan aku mengharapkan kurnia-Mu yang besar.
Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hamba-Mu yang dhoif.
Engkau Maha Tahu sedangkan aku adalah hamba-Mu yang jahil.
Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi sedangkan aku tidak tahu apa-apa.
Ya Allah,
Jika hal ini dalam pengetahuan-Mu adalah baik bagiku, bagi agamaku, baik bagi kehidupanku sekarang dan masa akan datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku. Kemudian berilah aku keberkatan darinya.
Tetapi jika dalam pengetahuan-Mu dan ilmu-Mu hal ini akan membaca bencana bagikau, bencana bagi agamaku, dan membawa akubat buruk dalam kehidupanku, baik sekarang ataupuan pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya.
Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik-baik.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
Petunjuk selepas sembahyang
Perlukah tunggu mimpi selepas solat istikharah?
Pilihan kadang-kala dipertunjukkan melalui mimpi, atau gerak hati.
Kadang-kadang tidak ada petunjuk pun.
Setelah berusaha memilih, bertanya dan berdoa, apa yang anda perlu buat ialah berserah sepenuhnya kepada Allah SWT.
Walaubagaimanapun, kita tidak semestinya akan ternampak mimpi atau tanda. Allah Maha Berkuasa. Kemungkinan Allah SWT akan meletakkan sedikit kecenderungan di dalam hati kita untuk menjalankan sesuatu tindakan atau sebaliknya.
Kelebihan sembahyang mohon petunjuk
Sebelum kami akhiri artikel ini, berikut adalah kelebihan solat istikharah kepada kita semua
- Menguatkan hubungan Makhluk dengan Sang Pencipta
- Menenangkan fikiran dan memberi keyakinan
- Mengingati kisah Nabi Ibrahim mendapat ilham mengorbankan anaknya melalui mimpi
- Kisah Nabi Yusuf dan kehebatannya menafsir ilmu mimpi
- Mengikut amalan anjuran Nabi Muhammad SAW
Akhir kalam
Ingatlah, setiap pilihan ada baik buruknya. Setiap baik buruk ada pengajarannya. Setiap pengajaran akan memantapkan kita sebagai seorang insan.
Doa dan cara solat istikharah anda sudah tahu. Jangan bertangguh-tangguh dalam membuat keputusan. Jangan juga terburu-buru. Kami doakan yang terbaik untuk anda.
Semoga bermanfaat.
Alhamdulillah….dapat ilmu n insyaallah lepas ni dpt pertunjuk dr Allah swt dalam setiap perkara..
Jazakallah khairan khatiro.. alhamdulillah. Ada rujukan palimg mudah. Moga Allah permudahkan juga urusan admin.
Terima kasih atas panduan. Ada beberapa kesilapan ejaan pada penulisan.
Terima kasih. Sangat membantu!❤️
Alhamdulillah. Terima kasih
Sangat bermanfaat
tetima kasih, Alhamdullilah tenang skit hati yg murung ni..🙂
empat hari dah buat solat ikhtikharah..hari pertama takde apa apa lagi..masuk hari ke 3 saya mimpi kan suami saya..tapi samar samar dan saya takingat mimpi apa..hari ke 4 saya mimpi suami saya lagi..tapi sedikit jelas keadaan jee..tak ingat sama ada okay tak okay hubungan kami..adakah ini petunjuk ?