Mandi Wajib Selepas Haid (Cara Yang Betul, Setelah Habis Period)

Sebagai seorang Muslimah, anda wajib mengetahui cara mandi wajib selepas haid dengan betul. Mandi wajib tidak boleh dilakukan secara semberono kerana ia bertujuan untuk membersihkan diri dari hadas besar. Ia akan disertakan dengan niat dan perbuatan yang tertib.

Mandi wajib adalah suatu syarat yang mesti dilakukan selepas tamatnya kitaran haid bagi mensucikan diri. Ianya seperti yang tertulis dalam Surah Al-Baqarah ayat 222, yang bermaksud:

“Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah, “Itu adalah sesuatu yang kotor.” Oleh itu, hendaklah kamu menjauhkan diri daripada wanita yang sedang datang haid. Janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka mensucikan diri. Apabila mereka telah suci, campuri mereka sebagaimana yang telah Allah perintahkan kepadamu. Sesungguhnya Allah suka akan orang yang melakukan taubat dan orang yang mensucikan diri”

1. Cara mandi wajib selepas haid

Berikut merupakan tata cara mandi wajib bagi wanita yang boleh diikuti.

  1. Membaca niat mandi wajib.
  2. Mandi wajib bukanlah seperti mandi biasa. Jadi, sebelum memulakannya haruslah membaca niat terlebih dahulu.
  3. Lafaz niat mandi wajib selepas haid adalah:
  4. نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ حَدَثِ الْحَيْضِ ِللهِ تَعَالَ
  5. “Nawaitu Ghusla Lifrafil Hadasil Haidil Lillahi Ta’ala”
  6. Maksudnya: Saya berniat mandi wajib untuk mensucikan hadas besar dari haid kerana Allah Ta’ala.
  7. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
  8. Membersihkan kemaluan dan dubur menggunakan tangan kiri sehingga diyakini bersih.
  9. Membersihkan semula tangan.
  10. Ambil wuduk seperti hendak solat.
  11. Membasuh kepala menggunakan tangan hingga ke hujung rambut sebanyak 3 kali.
  12. Menyelak-nyelak helaian rambut menggunakan jari.
  13. Membasuh seluruh anggota tubuh badan mulai dari kepala hingga ke kaki.
  14. Mandi menggunakan syampu dan sabun dengan bersih.
  15. Bilas seluruh anggota badan.

Haruslah diingatkan, ketika mandi wajib pastikan air tersebut sampai ke seluruh tubuh badan termasuklah di celah-celah bahagian terlipat dan helaian rambut yang ada pada tubuh. Pastikan anda melepaskan ikatan rambut supaya air dapat diratakan di antara ubun-ubun kepala anda.

Terdapat hadith mengenai ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

“Buka ikatan rambutmu, kemudian bersisir, dan berhentilah mengerjakan umrah”

 

2. Niat mandi wajib selepas haid dalam Bahasa Melayu

Ada beberapa versi niat mandi wajib setelah haid. Namun, maksudnya lebih kurang sama sahaja.

Tidak wajib membaca niat dalam Bahasa Arab. Asalkan kita faham maksudnya, itu sudah memadai. Berikut ialah niat dalam Bahasa Melayu.

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”
"Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala."

 

3. Niat mandi wajib selepas haid dalam rumi

Bagi yang tidak mahir Bahasa Arab tetapi mahu baca niat juga, boleh cuba baca dalam rumi seperti di bawah:

“Nawaitu Ghusla Lifrafil Hadasil Haidil Lillahi Ta'ala”

 

4. Maklumat tambahan mandi wajib haid selepas haid

Bagaimana jika rambut diikat, adakah mandi hadas menjadi sah?

Jika rambut tersebut diikat ketika mandi, ianya hendaklah diuraikan. Ini kerana jika air tidak mengenai pada salah satu daripada anggota badan, mandi wajib tersebut menjadi tidak sempurna.

Berdasarkan hadis Aisyah r.a yang kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

 

Maksud haid

Haid ialah darah yang keluar dari rahim perempuan melalui farajnya pada masa tertentu dan dalam keadaan sihat jasmaninya.

 

Bila umur mula datang haid?

Had umur permulaan haid ialah 9 tahun. Jika seseorang perempuan berumur kurang dari 9 tahun dan telah keluar darah, maka ia di- kategorikan sebagai darah fasid (darah ro- sak) atau darah istihadhah.

 

Bila umur mula putus haid?

Secara umumnya, haid akan putus apabila seorang perempuan mencapai umur 62 tahun dan ia dikenali sebagai putus haid atau ayisah (ايسة). Had umur ini akan berubah bergantung kepada faktor kesihatan, perseki- taran dan sebagainya.

Saidatina Fatimah az-Zahra’, puteri Baginda SAW merupakan satu-satunya wanita yang tidak pernah mengalami haid dan beliau hanya mengeluarkan setitis darah sahaja semasa melahirkan putera kembarnya, Hasan dan Hussin.

 

Berapa lama tempoh keluar haid?

Tempoh masa yang paling singkat keluar haid ialah 24 jam sehari/ malam. Tempoh bi- asa keluar haid ialah 6 hingga 7 hari/ malam manakala had maksimumnya ialah 15 hari/ malam.

 

Apa itu darah istihadhah?

Jika ada wanita yang mengeluarkan darah selama 15 hari / malam tetapi tidak terus menerus dan jika dikumpulkan semua tidak ada darah yang keluar berterusan selama 24 jam, maka darah itu ialah darah istihadhah.

Batas masa paling minimum seorang wanita mengalami 2 haid ialah 15 hari/ malam. Manakala wanita yang mengalami masa suci tiada batasan maksima kerana ada sebahagian wanita yang mengalami haid 6 bulan sekali (kurang atau lebih dari tempoh itu).

 

Apa perkara tak boleh buat atau diharamkan semasa haid?

Perkara-perkara yang diharamkan semasa hadas besar ialah solat, puasa, tawaf, tinggal dalam masjid dan tidak haram melintasinya, menyentuh, membaca dan membawa al- Qur’an, jimak (bersetubuh) dan beristimta’ antara pusat dan lutut dan haram bagi lelaki men- jatuhkan talaq kepada isterinya yang dalam keadaan haid.

 

Macam mana nak tahu haid sudah berhenti?

Seseorang wanita dapat mengetahui sama ada dirinya telah suci atau belum dengan cara memasukkan kapas ke dalam farajnya. Jika cecair basah/ meresap pada kapas berwarna putih (tidak terdapat darah) ia dianggap telah suci.

 

Bila perlu solat selepas habis period?

Seseorang wanita harus segera mandi daripada hadas besar sekiranya darah yang keluar telah kering. Hukum melewat-lewatkan mandi tersebut adalah berdosa kerana mengabaikan solat.

Sekiranya datang haid pada masa telah masuk waktu solat sedangkan dia belum menunaikan solat dan dia mempunyai masa yang cu- kup untuk berwudhu’ dan solat, maka dia wajib mengqadha’kan solat tersebut apabila tamat tem- poh haid.

Sekiranya seorang wanita telah tamat tempoh haid dan dia tidak bersegera untuk mandi hadas sedangkan tempoh solat masih ada dan dia gagal menunaikan solat ketika itu maka dia wajib mengqadha’kan solat tersebut. Tetapi jika dia didatangi darah haid buat pertama kali, tidak wajib ke atasnya untuk qadha solat.

Begitu juga wajib qadha’ sembahyang yang ditinggalkan semasa ragu-ragu darah yang ke- luar itu sama ada haid atau istihadhah yang mana ternyata bahawa darah itu ialah darah istihadhah.

 

Akhir kalam

Tata cara mandi wajib haruslah disempurnakan dengan betul mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. Pastikan anda memahami setiap tata cara dan mengamalkannya dengan baik. Semoga segala amal kebaikan, usaha, dan ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.

Semoga bermanfaat.

 

Sumber: Risalah dari Unit Hal Ehwal Islam, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang


4 thoughts on “Mandi Wajib Selepas Haid (Cara Yang Betul, Setelah Habis Period)”

  1. Bagaimana mahu bersuci dari darah istihadhah (selepas 15 hari masih ada darah yang keluar berwarna merah coklat akibat proses cuci ovari kerana cycst)
    Adakah perlu mandi hadas setiap kali solat atau hanya mandi hadas sekali sahaja.?
    Bagaimana mahu solat dan berpuasa selepas hari ke 15 darah istihadhah..?

    Reply
  2. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya seseorang perempuan itu telah berhenti haidnya pada waktu pagi pada hari tersebut tetapi dia hanya dibenarkan pulang pada pukul 5 ptg?

    Reply

Leave a Comment