Cara Bayar Fidyah Online (Kira & Bayar Sebelum Puasa)

Ganti puasa itu wajib. Walau bagaimanapun, pasti akan ada kes di mana ada orang yang terlupa untuk ganti. Maka dia wajib ganti puasa dan juga fidyah. Izinkan kami berkongsi tentang cara bayar fidyah yang lebih mudah, iaitu secara online sahaja.

Sebelum itu, kami kongsikan beberapa perkaya penting tentang fidyah.

Apa itu fidyah?

Definisi:

Menurut laman web PPZ MAIWP, ia bermaksud denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (Qada’) bulan Ramadhan.

Apa hukum bayar fidyah?

Wajib. Disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Menurut Firman Allah S.W.T:

“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).”

(Surah Al-Baqarah: Ayat 184)

Berapa kadar fidyah?

Sebenarnya kadar ini berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).

Berdasarkan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-102 pada 30 Mei 2017 telah membincangkan tentang penambahbaikan pelaksanaa fidyah dan kaffarah di Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP):

Kadar Fidyah sebanyak RM 4.00

Berdasarkan kepada nilai gantang gandum iaitu sebanyak RM 3.00 dan RM 1.00 sebagai langkah berjaga-jaga.

 

Perlu tak bayar fidyah ‘double’ sebab tak ganti puasa?

Ini adalah konsep gandaan bagi penentuan bayaran fidyah.

Apabila seseorang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali jika mereka yang berkemampuan.

Sebelum pergi kepada cara bayar fidyah, kita ketahui dulu cara kira fidyah.

 

Macam mana cara kira fidyah?

Berikut ialah formula mengira kadar bayaran fidyah.
Cara 1: Bilangan Hari Tidak Berpuasa  x  Kadar fidyah (cupak)
Cara 2: Bilangan Hari Tidak Berpuasa x (Tahun Gandaan) x Kadar fidyah (cupak)

Ada kalkulator fidyah saya boleh guna untuk kira?
Ada beberapa pusat zakat yang mempunyai kalkulator fidyah online. Lebih mudah kerja.

 

Cara bayar fidyah online

Cara bayar fidyah online melalui Zakat Selangor

Di hanya perlu memasukkan jumlah hari tinggal puasa Ramadan sahaja.
Sistem akan buat kiraan jumlah fidyah yang perlu dikeluarkan.

Guna kalkulator fidyah Zakat Selangor.

Cara bayar fidyah online melalui PPZ MAIWP

Melalui Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), ada fungsi tambahan; iaitu tahun bila puasa itu ditinggalkan. Kalkulator akan kira sekali berapa jumlah fidyah yang perlu dijelaskan bergantung kepada jumpa hari puasa yang ditinggalkan berserta tahun bila puasa itu ditinggalkan.

Guna kalkulator fidyah PPZ MAIWP.

Pusat Zakat Negeri Sembilan

Guna kalkulator fidyah Pusat Zakat Negeri Sembilan.

Lembaga Zakat Negeri Kedah

Ini antara yang paling canggih. Bukan setakat ada kalkulator fidah, sistem ini boleh terus buat bayaran.

Guna kalkulator fidyah Lembaga Zakat Negeri Kedah.

 

Adakah fidyah itu wajib bagi mereka yang belum bekerja?

Mengqada dan membayar fidyah dikenakan kepada orang Islam yang telah baligh iaitu telah wajib ke atasnya menjalankan syariat Islam secara keseluruhan.

Namun jika ketika itu kita belum berkemampuan membayar fidyah maka bayarlah ketika kita mampu,menurut jumlah puasa yang tertinggal.

 

Bolehkah ganti puasa dan fidyah sekaligus?

Sebahagian ulama menetapkan mengqadha puasa Ramadhan yang ketinggalan wajiblah berturut-turut, namun sebahagian yang lain mengatakan qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga bulan Sya’ban samada uzur ataupun tidak.

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah:
“Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Sya’ban tahun yang berikutnya”.

 

Bila kena bayar fidyah?

Diberikan keringan tidak berpuasa orang yang telah tua bangka baik lelaki mahupun wanita, orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dan orang-orang yang mempunyai halangan lain yang diizinkan syarak untuk tidak berpuasa.

Sebagai tebusannya mereka diwajibkan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari dengan segera dan tidak menunggu sehingga bulan Ramadhan berikutnya.

 

Siapa yang wajib bayar fidyah?

Cara membayar fidyah itu perlu diketahui oleh orangyang wajib bayar fidyah.

Berikut ialah golongan yang perlu bayar fidyah?

Golongan 1: Orang yang uzur untuk menunaikan puasa wajib

·      Terdiri daripada golongan yang mengalami sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh.
·      Golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
·      Fidyah dikenakan pada tahun Ramadhan yang sama.

Golongan 2: Wanita mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan bayi di dalam kandungan

·      Tidak berpuasa kerana dikhuatiri keguguran.
·      Perlu membayar fidya sebaik habis Ramadhan pada tahun yang sama dan menggantikan puasa yang ditinggalkan (jika mampu).
·      Jika tiba Ramadhan tahun seterusnya, fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.

Golongan 3: Wanita mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan dirinya

·      Perlu menggantikan puasa.
·      Jika tidak diganti sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya, barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.

Golongan 4: Ibu yang menyusukan anak

·      Tidak berpuasa kerana bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayi itu.
·      Fidyah dikenakan sebaik sahaja habis Ramadhan pada tahun yang sama dan menggantikan puasa (jika mampu).
·      Jika tiba Ramadhan pada tahun berikutnya, fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.

Golongan 5: Orang yang telah meninggal dunia

·      Fidyah dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Golongan 6: Melambatkan ganti puasa (Qada’)

·      Dikenakan fidyah apabila melangkah tahun Ramadhan yang berikutnya dan juga wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan.
·      Fidyah dikenakan akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

 

Macam mana cara bayar fidyah online?

Bayar fidyah online melalui Maybank2u

Anda boleh membuat bayaran fidyah secara online di laman web Maybank2u.

  1. Pastikan anda sudah membuat pengiraan bayaran fidyah menggunakan kalkulator fidyah
  2. Log masuk akaun anda di Maybank2u
  3. Pilih Accounts & Banking
  4. Pilih Bill Payment
  5. Pilih Make A One-Off Payment
  6. Klik drop down button dan pilih Zakat & Charity
  7. Pilih pusat pungutan zakat mengikut negeri masing-masing
  8. Pilih Fidyah dan buat bayaran seperti biasa

 

Senarai Pusat Zakat yang boleh bayar fidyah melalui Maybank2u

Berikut merupakan senarai pusat zakat yang boleh digunakan dalam system Maybank2u:

  1. Lembaga Zakat Selangor
  2. Majlis Agama Islam Negeri Johor
  3. Pusat Zakat Melaka
  4. Pusat Zakat Negeri Sembilan
  5. Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak
  6. Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
  7. Majlis Agama Islam Pulau Pinang
  8. Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Terengganu
  9. Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
  10. Jabatan Agama Islam Perlis
  11. Pusat Zakat Perlis
  12. Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, dengan teknologi yang serba moden ini, tiada alasan lagi untuk kita untuk melangsaikan hutang kita iaitu fidyah. Hal ini kerana membayar fidyah secara tidak langsung kita membantu golongan yang memerlukan. Menurut Firman Allah S.W.T:

“…membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin” – Surah Al Baqarah, Ayat 184

Oleh itu, janganlah kita sekali-kali mengabaikan tanggungjawab kita terhadap perintah Allah S.W.T kerana setiap apa yang kita lakukan akan diberi ganjaran sama ada pahala atau pun dosa.

Akhir kalam, selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini dan diharapkan amalan kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Semoga cara bayar fidyah secara online ini dapat membantu dan memudahkan kerja anda.

Jemput juga untuk baca cara kira zakat pendapatan.

Semoga bermanfaat.


4 thoughts on “Cara Bayar Fidyah Online (Kira & Bayar Sebelum Puasa)”

  1. Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya.. saya perlu ganti puasa untuk tahun 2020 selama 7 hari.Namun tidak sempat ganti sehingga ke hari ini kerana dalam fasa mengandung dan alahan dan menunggu masa untuk bersalin pada bulan 3/2021..Adakah saya hanya perlu membayar fidyah sahaja atau perlu ganti puasa sekali?

    Reply
  2. Salam. Saya cuba bayar fidyah melalui Maybank2u, tapi tiada pilihan fidyah dalam list type of zakat dia. Macam mana ya?

    Reply

Leave a Comment