Tidur bagi seorang Muslim itu adalah dikira ibadah sekiranya ia memenuhi adab-adabnya.
Adab tidur dalam Islam
Adab ketika hendak tidur
- Membersihkan badan daripada najis dan hadas apabila hendak tidur
- Kedudukan badannya di waktu tidur menghadap ke kiblat seperti kedudukan mayat
- Membaca doa-doa dan surah-surah tertentu sewaktu hendak tidur. Rasulullah s.a.w antara lainnya, apabila hendak tidur, baginda membaca:
- Surah al-Ikhlas
- Surah al-Falaq
- Surah an-Nas
- Dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tapak tangannya
- Seterusnya digosokkan ke seluruh badannya di mana tanggannya dapat sampai
- Bacaan dan perbuatan ini diulangi sebanyak 3 kali berturut-turut.
Adab bangun tidur
Seorang yang beragama Islam, apabila dia sedar daripada tidur di waktu pagi, hendaklah melafazkan ucapan syukur kepada Allah s.w.t. Ini kerana Allah masih memanjangkan umurnya untuk terus hidup.
Berikut pula ialah adab bangun dari tidur.
Ucapkan syukur, baca doa bangun dari tidur
Berikut ialah bacaan doa bangun tidur dalam Rumi:
Alhamdulillaillazi ahyaana ba’damaa amaa tanaa wa ilaihin nusyuur
Maksud ucapan syukur / doa bangun tidur
Puji-pujian bagi Allah yang menghidupkan kami selepas dimatikan (tidur) dan kepada-Nya kami kembali.
Selepas membaca doa bangun tidur, bangkit menuju ke bilik air untuk membuat urusan-urusan lain seperti buang air, gosok gigi, cuci mukda, mandi dan lain-lain.
Ketika itu, hendaklah seorang Muslim itu kemaskan pakaiannya dengan niat menutup aurat yang dituntut oleh syara’.
Sumber: Buku Qiyamullail dan Amalan Rasulullah s.a.w, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)