Adab Berzikir (Mengingati Allah Dengan Hati, Lisan & Perbuatan)

Zikir itu bermaksud mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan. Zikir juga merupakan cara manusia berhubung dengan Allah. Orang bertakwa akan selalu dan sentiasa mengingati Allah dalam semua keadaan. Jadi, izinkan kami berkongsi adab-adab berzikir.

1. Adab berzikir dalam Islam

  1. Berzikir dapat dilakukan dengan lidah atau hati sahaja. Tetapi, sebabik-baiknya berlaku serentak di antara hati dengan lidah
  2. Sebaik-baik tempat berzikir ialah di tempat lapang dan bersih. Digalakkan berzikir di masjid dan di tempat-tempat lain yang bersih dan terhormat
  3. Berzikir hendaklah dengan ada kesedaran hati, menyedari dan memahami apa yang diucapkan
  4. Berzikir dengan penuh perhatian dan kemesraan terhadap ucapan itu; maka dengan itu ucapan berzikir hendaklah perlahan dan tidak terlalu cepat
  5. Kebersihan diri dari kekotoran hadas dan najis
  6. Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat didalam nas al-Quran atau as-Sunnah
  7. Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah

 

2. Kenapa kita perlu beradab semasa berzikir?

  1. Supaya tidak menggunakan ketenteraman orang lain
  2. Untuk mencapai kesempurnan dalam ibadat
  3. Selaras dengan sunat rasulullah s.a.w
  4. Supaya zikir diterima Allah
  5. Berdisiplin dalam menunaikan ibadat

 

3. Apakah hikmah jika beradab ketika zikir mengingati Allah?

  1. Dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya
  2. Mendapat ketenangan jiwa kerana berzikir dengan beradab memberi kesan kepada jiwa seseorang
  3. Mendidik jiwa supaya mengingati Allah
  4. Mendapat pahala

 

4. Bagaimana jika wanita sedang haid? Adalah boleh berzikir?

Merujuk kepada laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, berzikir kepada Allah SWT adalah dibolehkan kepada wanita-wanita yang sedang dalam haid.

Membaca al-Quran dalam bentuk zikir-zikir dan juga doa tidaklah termasuk dalam perkara yang dilarang ke atas orang perempuan yang datang haid. Ini seperti membaca doa menaiki kenderaan, mengucapkan istirja’ ketika mendengar musibah, membaca doa-doa yang ma’tsur daripada al-Quran sebagai zikir seperti pembacaan zikir-zikir pagi dan petang dan seumpamanya.

 

Akhir kalam

Jika hati tidak tenang, cubalah berzikir berpandukan adab zikir.

Allah berfirman maksudnya, “Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya aku ingat padamu”. “Sesungguhnya dengan berzikir kepada Allah, dapat menangkan hati”.

Insya Allah, dipermudahkan.

 

Sumber: Buku Qiyamullail dan Amalan Rasulullah s.a.w, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan di muftiwp.gov.my dan  Pendidikan Islam SPM dari sabah.edu.my


Leave a Comment