Al-Quran merupakan kitab suci untuk umat islam yang telah diturunkan oleh Allah melalui perantara-Nya. Oleh itu, kalau nak baca Al-Quran, anda tidak boleh main hentam keromo sahaja. Ini adalah beberapa cara baca Al-Quran yang telah kami senaraikan sebagai panduan untuk anda.
Anda boleh ikuti cara membaca Al-Quran ini supaya anda dapat membaca dengan lebih teratur, tertib dan lancar. Walaupun boleh belajar mengaji sendiri, kami sarankan anda cari guru yang betul-betul mempunyai pengetahuan dalam Al Quran. Itu lebih baik.
Sekarang, mari teruskan dengan perkongsian kami.
Cara baca Al-Quran
Berikut merupakan beberapa cara baca Al-Quran bagi membantu anda yang memerlukannya.
1. Niat membaca kerana Allah
Sebelum membaca Al-Quran, tetapkanlah niat yang betul agar anda melakukannya kerana Allah Taala dan ingin mendapat keberkatan dalam hidup. Elakkan dari menganggap melakukan sesuatu amalan seperti membaca Al-Quran ini adalah satu paksaan.
Apabila wujudnya rasa terpaksa untuk berbuat sesuatu, bimbang ianya menjadi perbuatan yang tidak ikhlas. Oleh itu, apa sahaja yang ingin kita kerjakan haruslah disertai dengan niat yang betul. Jika niat kita ingin membaca Al-Quran kerana Allah.
Pasti Allah akan bantu dan dipermudahkan.
2. Baca Al-Quran kena berguru
Apa jua perkara di dalam dunia ini yang anda tidak tahu bagaimana aturannya, anda perlulah merujuk kepada pakarnya. Begitu juga dengan Al-Quran. Kalau tidak pasti cara baca Al-Quran dengan betul, mintalah tunjuk ajar daripada seseorang yang berilmu tentang bacaan Al-Quran.
Al-Quran ini mengandungi ayat-ayat suci yang tidak boleh diubah kandungan dan maksudnya. Disebabkan itu, cara bacaannya juga tidak sama seperti membaca buku biasa. Anda perlu membacanya mengikut hukum tajwid dan makhraj yang betul.
Sedangkan bila kita tidak tahu nak masak mi segera pun kita perlukan panduannya, apatah lagi bila nak baca Al-Quran.
3. Sebelum baca Al-Quran kenal huruf dahulu
Untuk permulaan, anda kena belajar mengenal huruf terlebih dahulu. Macam mana dulu anda belajar baca ABC. Sama juga konsepnya untuk membaca Al-Quran. Bila anda dah kenal huruf dan cara sebutannya, anda akan lebih mudah untuk membaca Al-Quran.
Selalunya, bagi mengenal huruf ini. Anda akan disarankan untuk belajar mengenalinya melalui pembacaan Iqra dan Mukaddam. Ini kerana, di dalam Iqra dan Muqaddam terkandung huruf, ayat, simbol dan tanda asas yang boleh anda praktikkan terlebih dahulu sebelum dapat membaca Al-Quran dengan lancar.
Saiz dan ketebalan Iqra dan Mukaddam ini adalah lebih kecil berbanding Al-Quran. Jadi, kandungan di dalamnya juga lebih ringkas dan mudah untuk dipelajari.
4. Peka dengan tajwid dan makhraj
Cara baca Al-Quran ada sifatnya tersendiri. Setiap ayat dan huruf di dalam Al-Quran mempunyai cara bacaan,harakat, sebutan dan intonasi yang berbeza untuk digunakan. Oleh itu, untuk memastikan anda dapat membaca Al-Quran dengan betul. Anda harus peka dengan setiap tajwid, harakat dan makhrajnya.
Tanda-tanda dan simbol yang ada pada setiap huruf dan ayat juga memberikan impak yang berlainan ketika membaca Al-Quran. Jika anda tidak peka dengan aturan setiap huruf dan ayat yang telah ditetapkan, cara bacaan anda boleh menjadi cela atau salah.
Jika nak baca Al-Quran dengan baik. Anda tidak boleh membacanya dengan sambil lewa. Bacalah dengan bersungguh-sungguh dan ikuti setiap hukum bacaannya dengan betul. Barulah lebih sempurna.
5. Baca Al-Quran perlu sentiasa konsisten
Al-Quran merupakan salah satu sumber penting untuk panduan umat Islam. Jadi, sebagai seorang muslim yang mencintai agamanya. Haruslah mengamalkan perkara yang Allah suruh dan meninggalkan larangannya.
Pembacaan Al-Quran adalah amat penting untuk selalu dilakukan.
Jika nak jadi seorang yang mampu membaca Al-Quran dengan lancar. Anda perlu baca Al-Quran dengan konsisten dan kerap. Kalau boleh, bacalah Al-Quran setiap hari 1 muka surat atau mengikut kemampuan anda sendiri.
Yang penting kena sentiasa amalkan pembacaan Al-Quran.
Tambahan lagi, dengan selalu membaca Al-Quran. Hati akan menjadi lebih tenang. Jiwa dan fikiran juga akan terasa lebih lapang. Hal ini sekaligus memberikan terapi kepada rohani anda.
6. Baca Al-Quran dengan guru mengaji
Berbeza dengan media sosial mahupun belajar sendiri, mengaji dengan berguru dengan guru Al-Quran itu terlalu banyak kelainannya.
Kami sarankan agar berguru dengan yang pakar. Ini kerana, jika kita berguru, kesalahan yang kita lakukan dapat dibetulkan.
Ini boleh mengelakkan kita dari mengulang kesilapan bacaan yang sama.
Jangan malu jika masih lagi baca merangkak dan masih lagi tidak lancar. Tugas seorang guru ialah membimbing. Lama-kelamaan, bacaan anda akan jadi lancar juga.
Jika anda tidak suka untuk belajar secara berkumpulan, boleh sahaja ambil kelas mengaji secara persendirian atau belajar mengaji online.
Jangan pernah timbul rasa malu kerana sudah dewasa.
Jika anda perlukan bimbingan untuk belajar Al Quran, jemput isi borang di bawah:
Kesimpulan
Diharapkan penulisan ini dapat membantu anda yang memerlukan cara baca Al-Quran dengan lebih yakin. Walau bagaimanapun, bacalah Al-Quran dengan penuh penghayatan dan fahami setiap maksud yang tersirat atau tersurat pada ayat-ayat Al-Quran tersebut.
Jika kita baca dan memahami dengan baik apa yang dinyatakan sepenuhnya di dalam Al-Quran, bukankah lebih sempurna?
Lagipun, zaman sekarang ini sudah banyak aplikasi online untuk baca atau belajar tentang Al-Quran yang ada dalam telefon pintar anda. Cuma nak atau tak nak sahaja.
Semoga bermanfaat.