Jika anda sampai ke laman ini kerana mencari kelas mengaji kanak kanak secara online, kami ucapkan tahniah! Anda ibu bapa yang bertanggungjawab!
Kelas Mengaji Kanak Kanak Ini Khas Untuk Mak Ayah Yang Sibuk, Tak Sempat Nak Ajar Anak Sendiri
Kalau anda adalah parents yang tak berapa pandai mengaji dan tak tahu hukum tajwid, kenapa mesti malu? Kami di Jom Al Quran Academy faham, anda mahu anak-anak anda lancar baca Quran. Kalau boleh, anda tak mahu anak-anak jadi macam anda kan?. Jika dalam hati anda pernah terdetik sebegitu, izinkan kami bantu.
Selain teringin nak tengok anak khatam , adakah ini antara masalah yang menghantui anda sehingga baru terdetik mahu cari kelas mengaji online?
Jangan risau, mulai hari ini semua itu akan berubah dalam masa 1 tahun!
Bayangkan kalau anak anda dapat lancar mengaji setelah belajar secara online
Tahniah sekali lagi, Allah telah jentik hati anda untuk ke sini. Allah telah menggerakkan hati anda untuk solat 5 waktu dengan sempurna dan mula bersedekah. Kini anda pula sudah mendapat hidayah untuk mempelajari Al Quran sekeluarga.
Benar, kita semua berdosa dan pernah mensia-siakan hidup semasa muda. Tak perlu salahkan keluarga. Kita sebenarnya yang leka. Semoga dengan masukkan anak ke dalam kelas mengaji online ini, kita semua dapat kenal ilmu agama dan lebih sayang Nabi Muhammad s.a.w. Jangan pernah rasa bersalah, rasa kosong dan jahil. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Kita semua banyak dosa. Semoga kita masih sempat bertaubat dan mendalami Islam dengan lebih sempurna.
Kini, anak-anak anda boleh belajar mengaji secara online dengan Jom Al Quran Academy
Belajar Al Quran dari basic. “From Zero to Hero” dalam masa 12 bulan.
Surat sokongan kelas belajar mengaji Al Quran kanak-kanak & dewasa dari JAIS
Alhamdulillah, kami juga mendapat sokongan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk berkolaborasi dengan pemegang tauliah mengajar Al-Quran di negeri Selangor untuk menjalankan program ini. Ini menunjukkan kami bukan scammer dan kami bukan main-main. Kami serius untuk memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran Al Quran secara online.
Kenapa buat kelas mengaji kanak kanak online untuk belajar Al Quran?
Macam mana kelas mengaji kanak kanak ini dijalankan?
Pertama sekali, kami perlu tahu tahap penguasaan Al Quran anak-anak dahulu. Semasa sesi preview nanti, tenaga pengajar kami akan mendengar dahulu bacaaan anak-anak anda. Ada kalanya, mereka akan minta anda perdengarkan bacaan Surah Al Fatihah.
Selepas itu, barulah boleh dikategorikan di tahap mana.
Contohnya:
- Masuk kelas belajar mengaji Iqra (Antara 1 – 6)
- Masuk kelas belajar mengaji Muqaddam
- Atau boleh terus langkau masuk kelas belajar mengaji Al Quran
Sekiranya anak-anak anda memang sudah mahir dalam membaca Al Quran dan mahu belajar peringkat lanjutan atau advance, boleh sahaja maklumkan kepada kami.
Kami juga ada menyediakan pembelajaran untuk:
- Belajar tajwid Al Quran dengan betul
- Belajar tarannum Al Quran berlagu
- Belajar Bahasa Arab Al Quran untuk lebih memahami isi kandungan Al-Quran
- Belajar hafazan Al Quran oleh guru dengan cara tahfiz part-time, agar anda juga boleh menjadi sorang hafiz dan hafizah
- Belajar tafsir AlQuran, yang boleh dipilih dalam Bahasa Melayu dan English
Jenis kelas mengaji online yang ada
Sebelum ini, memang nampak macam pelik bila ambil kelas mengaji online. Namun, dalam tempoh PKP akibat wabak pandemik Coronavirus COVID-19, ia sudah menjadi biasa iaitu new normal. Ramai yang semakin selesa untuk belajar secara atas talian.
Buat masa ini, kami hanya menawarkan kelas mengaji secara online sahaja. Ini bermakna, kami tidak dapat memenuhi kelas persendirian atau personal di rumah.
#1 Kelas mengaji online (Persendirian / Personal / Private)
Untuk kelas mengaji Al Quran dewasa ini, ia adalah khusus untuk individu. Kami cadangkan umur bermula dari 18 tahun ke atas. Pembelajaran adalah secara persendirian, private atau personal one-to-one.
Bagi yang lebih suka privasi, pasti suka sebegini.
#2 Kelas mengaji online untuk keluarga
Walau bagaimanapun, jika ada permintaan untuk belajar satu keluarga ia juga boleh diuruskan. Namun, seperti yang dinyatakan tadi, tenaga pengajar akan datang ke rumah dan mengajar satu keluarga dalam masa yang sama. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah 100% online.
Tiada kelas berkumpulan (group) dan tiada kelas persendirian di rumah.
Kelas mengaji Al Quran kanak kanak online ini sesuai untuk siapa?
Sejujurnya, pada mulanya kami hanya mahu buat kelas untuk orang dewasa sahaja. Namun, semakin lama semakin banyak pertanyaan untuk hantar anak belajar mengaji secara online.
Jadi, kami raikan permintaan teserbut.
Kelas ini sesuai untuk ibu bapa dan kanak-kanak yang mempunyai kriteria berikut:
- Kanak-kanak yang susah fokus, walau dalam group yang kecil
- Kanak-kanak yang tak dengar kata bila mak ayah sendiri yang ajar
- Kanak-kanak yang perlukan bimbingan lebih baik, sebab mak ayah terhad ilmunya
- Mak ayah sibuk dengan kerja, hingga tak ada masa
Namun, kami berhak menolak sekiranya:
- Ibu bapa hanya mahu lepas tangan, dengan melepaskan tangungjawab 100% mengajar anak kepada Jom Al Quran Academy
- Ibu bapa tidak mahu belajar Al Quran
- Walaupun bukan belajar dengan Jom Al Quran Academy, kami sarankan ibu bapa belajar juga dengan mana-mana guru di luar sana
- Jangan terlalu harapkan anak lancar, tetapi ibu bapa langsung tidak ke arah itu
Lokasi kelas mengaji kanak kanak online (Seluruh Malaysia)
Walaupun kelas dijalankan secara atas talian, kami tetap perlu berurusan dengan ramai tenaga pengajar di seluruh negara. Berikut adalah antara lokasi guru-guru dan lokasi yang kami cover untuk anda belajar mengaji Al Quran dewasa secara online.
Lokasi kelas belajar mengaji Al Quran kanak kanak (Seluruh Dunia)
Denga adanya teknologi dan software seperti Zoom dan Google Meet, pengajaran dan pembelajaran Al Quran tidak terbatas di Malaysia sahaja.
Kami juga berurusan dengan ramai tenaga pengajar yang berada di Malaysia, tetapi boleh menyesuaikan zon waktu untuk bersama-sama dengan pelajar.
Berikut adalah antara lokasi popular bagi tujuan belajar mengaji Al Quran dewasa di luar negara.
Berapa harga kelas mengaji kanak kanak online?
Sebenarnya, mengajar dan belajar mengaji Al Quran adalah kerja yang sangat mulia. Segan juga kami untuk menetapkan harga sebab ini adalah kerja agama. Walau bagaimanapun, untuk keseragaman dan memudahkan urusan pertanyaan, kami letak juga harga.
RM180 / sebulan
RM 330 / sebulan
Untuk pakej-pakej yang lain, sila hubungi kami.
Apa yang kami harapkan, sama-sama kita hargai segala titik peluh tenaga pengajar seperti ustaz dan ustazah yang bersusah-payah mengajar dan membetulkan bacaan anak-anak kita.
Jika bersetuju dengan pakej dan harga seperti di atas, jemput isi borang untuk belajar mengaji Al Quran kanak-kanak seperti di bawah: