Belajar Hafazan Al Quran Online (Kelas Hafalan Juz Amma, Surah Pendek)

Belajar hafazan Al Quran dan hafalan Juz Amma surah pendek

Pernah tak terfikir untuk belajar belajar hafazan Al Quran?. Lebih-lebih lagi, bila kita selalu solat, takkan mahu baca surah yang sama sahaja bukan? Tentu sekali terdetik di hati kita untuk hafal surah yang baru pula.

Indahnya kalau dapat masuk kelas belajar hafazan Al Quran online

Kenapa kami kata indahnya?

#1 Untuk orang dewasa

Bayangkan anda adalah seorang bapa merangkap suami. Indahnya kalau anda boleh mengimamkan isteri dan anak-anak dengan membaca surah-surah panjang.

Bukannya surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Asr sahaja.

Dengan cara begini, secara tidak langsung, isteri dan anak-anak akan lebih menghormati anda sebagai seorang ketua rumah yang memang didambakan

#2 Untuk kanak-kanak dan remaja

Bayangkan pula anda adalah ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang menghafal Al Quran 30 juzuk. Seorang hafiz mahupun hafizah yang ayat-ayat Al Quran sentiasa bermain di bibir.

Ya, itu anak orang lain. Bukan anak kita. Mereka masuk madrasah atau tahfiz saat mereka kecil lagi. Sudah dididik setiap hari untuk menghafal Al Quran.

Kita bukan sebegitu. Tidak sanggup untuk lepaskan anak untuk belajar full-time. Kita mahu anak bersekolah lagi di sekolah rendah dan menengah.

Jadi, jalan terbaik ialah dengan memasukkan anak dalam kelas hafazan Al Quran online yang boleh dijalankan secara part-time sahaja. Lebih mudah jika dilakukan hujung minggu.

Hafazan di sekolah untuk Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 tidak sama. Ayat hafazan di sekolah adalah beberapa ayat pendek dari Al Quran.

Mudah-mudahan, dengan memasukkan anak-anak belajar hafazan, akhlak dan peribadi mereka juga semakin baik. Hubungan dengan ibu bapa dan Allah juga terjaga.

 

Pentingnya belajar hafazan Al Quran

Kalau tentu sudah biasa mendengar khasiat dan kelebihan surah-surah yang dinyatakan dalam hadith. Contohnya, jika hafal dan amalkan Surah Al-Mulk, orang ini akan terlepas dari azab kubur. Contoh yang lain ialah jika sesiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah Al-Kahfi akan terpelihara dari Dajjal.

Antara yang lain, dengan membiasakan diri membaca Surah Al-Waqiah pagi dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya.

Namun, kita hanya sekadar tahu sahaja. Tidak pernah mencuba.

Apa kata pada kali ini, kita betul-betul beri komitmen untuk belajar hafalan Al Quran.

 

Jenis kelas hafazan Al Quran yang ada

#1 Kelas hafazan Juz Amma

Seronok bila kita dapat hafal juzuk 30 dalam Al Quran yang juga dipanggil Juz Amma. Kami boleh bantu anda semak bacaan surah-surah pendek dan habiskan Juz Amma.

Anda juga akan diajar tentang kaedah dan strategi terbaik untuk menghafal.

#2 Kelas hafazan surah pilihan

Antara surah-surah pilihan adalah seperti berikut:

  • Surah Ar-Rahman
  • Surah Al-Waqiah
  • Surah Al-Mulk
  • Surah Yasin
  • Surah Sajadah (Imam selalu bawa pada waktu Subuh, hari Jumaat)
  • Sural Al-Insan (Imam selalu bawa pada waktu Subuh, hari Jumaat)
  • Surah Al-Kahfi (10 awal dan 10 akhir)

Walau bagaimanapun, anda perlu selalu buat pengukuhan dan mengulang di rumah sebelum sesi bersama guru. Guru hafazan akan menyemak bacaan (dipanggil tasmik) oleh pelajar.

Perlu diingat, apabila sudah hafal itu bukan bermakna kelas sudah selesai. Ini hanyalah permulaan sahaja. Anda perlu mengulang setiap hari untuk memperkemaskan lagi bacaan dan memperkuatkan lagi ingatan.

Apabila ada peluang ke Mekah atau Madinah untuk mengerjakan haji atau umrah, selain berbahasa Arab dengan orang tempatan, anda juga boleh tasmi’ dengan orang-orang yang bersandar di tiang-tiang Masjidil Haram dan Masjid Nabawai.

Tentu sekali menyeronokkan bukan?

 

Ada kelas belajar hafazan Al Quran online?

Setakat ini, memang ada permintaan dari Brunei, Singapura, Indonesia dan tidak dilupakan Malaysia. Cuma permintaan itu tidak cukup banyak. Jadi, kami masih menimbangkan untuk memulakan kelas belajar hafazan Al Qura secara online.

Berbanding guru mengaji Al Quran yang biasanya yang mudah dicari, cukup sukar untuk mencari guru hafazan yang boleh mengajar secara online. Ini kerana mereka ini mestilah berkelayakan dan selalunya mereka ini adalah orang yang memang hafal 30 juzuk Al Quran.

Bukan itu sahaja, ini adalah kaedah baru yang masih ramai lagi guru-guru hafazan yang tidak bersedia dengan teknologi menggunakan Zoom atau Google Meet.

Buat masa ini, dukacita dimaklumkan bahawa kelas hafazan Al Quran online masih lagi belum dibuka disebabkan permintaan yang masih lagi rendah dan cukup kekurangan guru yang boleh memberi komitmen untuk mengajar.

Jika tidak ada demand, bagaimana mahu sediakan supply?

Mohon maaf sekali lagi. Kami sarankan kepada anda yang mencari guru hafazan untuk dewasa mahupun kanak-kanak supaya cuba bertanyakan rakan-rakan lain atau menghubungi mana-mana pusat tahfiz yang berdekatan.

 

Berminat?

Jemput isi Borang Menyatakan Minat seperti di bawah. Sekiranya ada guru dan cukup quorum, kami akan hubungi anda.