Doa Tahiyat Akhir

Doa tahiyat akhir adalah satu bacaan penting dalam solat yang diucapkan ketika duduk pada rakaat terakhir. Doa ini mengandungi pengakuan keimanan, penghormatan kepada Allah SWT, dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Bacaan ini adalah salah satu daripada 13 rukun solat yang wajib dipenuhi untuk memastikan sahnya solat.

Bacaan Doa Tahiyat Akhir Dalam Arab?

Lafaz bacaan doa Tahiyat Akhir dalam Bahasa Arab adalah seperti berikut:

Bacaan dalam Arab

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَي مُحَمّدْ وعلى آلِ مُحَمَّد كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد.

Maksud

“Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah. Keselamatan dan rahmat Allah serta berkatNya tetap kepadamu wahai Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad sebagaimana Engkau memberkati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.”

Bacaan dalam Rumi

Bacaan Tahiyat Akhir dalam rumi adalah seperti berikut:

Attahiyatul Mubarakatush Solawatuth Thayyibatu Lillah. Assalamu’alaika Ayyuhan Nabiyyu Warahmatullahi Wabarakatuh. Assalamu’alayna Wa ’alaa ‘ibadillahis Solihin. Asyahadu Allaa Ilaha Illallah. Wa ’asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma Solli ’alaa Muhammad Wa ’alaa Ali Muhammad. Kama Sollayta ’ala Ibrahim Wa ’alaa Ali Ibrahim. Wabarik ‘alaa Muhammad Wa ’alaa Ali Muhammad. Kama Barakta ‘alaa Ibrahim Wa ’alaa Ali Ibrahim Fil ‘alamin Innaka Hamidum-Majid.

Bagaimanakah Cara Duduk Tahiyat Akhir?

Duduk tahiyat akhir dilakukan dengan duduk tawarruk atau duduk iftirash, bergantung kepada jenis solat yang dilakukan.

Apa Jenis-Jenis Duduk Tahiyat?

Duduk Tawarruk

Tawarruk dilakukan dengan tapak kaki kanan berdiri tegak dan jari jemari kaki kanan menghadap kiblat, sementara kaki kiri dilipat ke arah kaki kanan dan punggung ditempatkan di atas lantai. Cara duduk ini disunatkan ketika tasyahud akhir dalam solat empat rakaat seperti Zohor dan Asar, serta tiga rakaat seperti Maghrib.

Duduk Iftirash

Iftirash dilakukan dengan punggung berada di atas kaki kiri dan tapak kaki kanan ditegakkan dengan jari jemari menghadap kiblat. Cara duduk ini disunatkan ketika duduk di antara dua sujud, tasyahud awal bagi solat tiga dan empat rakaat, serta tasyahhud akhir bagi solat dua rakaat seperti Subuh.

Apa Doa Selepas Membaca Tahiyat Akhir Perlindungan Fitnah Dajjal?

Setelah membaca tahiyat akhir, umat Islam disunatkan membaca doa perlindungan daripada fitnah Dajjal sebelum memberi salam.

Doa dalam Arab

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا، وَفِتْنَةِ المَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ المَأْثَمِ وَالمَغْرَمِ

Maksud

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah al-masih al-Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang.”

Apa Kepentingan Doa Tahiyat Akhir?

Doa tahiyat akhir penting kerana ia mengandungi rukun solat yang wajib dipenuhi. Bacaan ini bukan sahaja menandakan penghormatan dan penghargaan kepada Allah SWT, tetapi juga mengukuhkan syahadatain dan menjunjung tinggi kedudukan Nabi Muhammad SAW dalam ibadah solat. Selain itu, doa perlindungan yang dibaca selepas tahiyat akhir memperkuatkan iman dengan memohon perlindungan daripada cubaan dan fitnah dunia.