Doa Iftitah Rumi

Doa iftitah adalah doa yang dibaca pada permulaan solat fardu dan solat sunat tertentu. Ia bertujuan sebagai pembuka ibadah solat seseorang. Doa ini adalah sunat dan bukan rukun solat, maka tidak wajib dibaca. Namun, ia merupakan sunnah yang sangat digalakkan untuk diikuti oleh umat Islam. Membaca doa ini adalah satu bentuk pujian dan sanjungan yang mengagungkan Allah S.W.T, membantu menyempurnakan ibadah solat.

Apa Bacaan Doa Iftitah Rumi?

Doa Iftitah dalam transliterasi rumi adalah seperti berikut:

Allaahu akbar kabiraa walhamdulillaahi katsiiraa
wa subhaanallaahi bukratan wa’ashiilaa wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wa maa anaa minal musyrikiin.
Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi rabbil ‘aalamiin.
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa ana minal muslimiin.

Bagaimana Cara Membaca Doa Iftitah?

Doa iftitah dibaca selepas takbiratul ihram pada rakaat pertama solat. Di Malaysia, terdapat satu versi doa iftitah yang popular, seperti berikut:

Dalam Bahasa Arab

اَللهُ اَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلّهِ كَثِيْرًا
وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلًا وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَالْاَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا اَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْن
اِنَّ صَلَاتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلّهِ رَبِّ الْعَا لَمِيْنَ
لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ اُمِرْتُ وَاَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Maksud

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, dalam keadaan bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada sekutu bagi-Nya, dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

Bilakah Waktu Perlu Membaca Doa Iftitah?

Doa Iftitah dibaca selepas takbiratul ihram dan sebelum membaca surah Al-Fatihah dalam setiap solat fardhu mahupun solat sunat. Ia dibaca secara senyap (sirr) sama ada ketika solat bersendirian atau berjamaah.

Apa Kepentingan Doa Iftitah?

Walaupun membaca doa iftitah tidak diwajibkan, ia adalah amalan yang sangat digalakkan dalam solat. Nabi Muhammad S.A.W menitikberatkan bacaan doa ini sebagai satu cara untuk menyanjung Allah sebelum memulakan bacaan al-Fatihah. Doa ini menjadi satu cara untuk menyelaraskan niat dan fokus dalam solat, menjadikan ibadah lebih khusyuk dan sempurna. Sabda Nabi S.A.W, “Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia menyempurnakan wuduknya sebelum dia bertakbir, memuji Allah ‘Azza wa Jalla, menyanjung-Nya, dan membaca ayat-ayat al-Qur’an yang mudah baginya.”

Apakah Kelebihan Membaca Doa Iftitah?

Terdapat sekurang-kurang 6 kelebihan dan fadhilat membaca doa iftitiah. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan kekhusyukan dalam solat
  • Menegaskan pengabdian diri kepada Allah SWT
  • Menjauhkan diri daripada sifat syirik
  • Mendapat pahala sunat ab’adh
  • Menyempurnakan rukun solat dengan lebih baik
  • Meningkatkan konsentrasi dalam solat

Berapa Jenis Bacaan Doa Iftitah yang Ada?

Terdapat 12 jenis bacaan doa iftitah yang diriwayatkan dalam pelbagai hadis. Walaupun banyak, hanya satu yang kerap diamalkan di Malaysia. Bacaan yang biasa digunakan adalah yang kedua, seperti yang disebut oleh Imam al-Nawawi, iaitu bacaan yang diikuti dengan bacaan pertama dalam hadis Abu Hurairah. Bacaan ini digalakkan ketika solat bersendirian atau menjadi imam.

Apakah Hukum Membaca Doa Iftitah?

Hukum membaca doa iftitah dalam solat adalah sunat. Ia boleh dibaca dalam solat fardu dan solat sunat. Membaca doa ini adalah satu bentuk pujian yang menyempurnakan solat dan merupakan sunnah Nabi S.A.W. Walaupun ia sunat, membaca doa ini mendekatkan kita dengan sunnah dan memberi kesempurnaan kepada ibadah solat, seperti yang disarankan oleh baginda, “Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”

Adakah Doa Iftitah Diperlukan dalam Setiap Rakaat Daalm Solat?

Tidak, doa iftitah dibaca pada rakaat pertama sahaja. Jika terlupa, ia boleh dibaca pada rakaat kedua. Bagi makmum masbuq, mereka dibolehkan untuk tidak membacanya. Doa ini tidak diperlukan ketika solat jenazah, dan tidak lagi disunatkan jika waktu solat terlalu sempit.

Bagaimana Mengatasi Was-was dalam Membaca Doa Iftitah?

Rasa was-was dalam solat, termasuk ketika membaca doa iftitah, adalah gangguan syaitan. Dicadangkan untuk membaca “Laa ilaha illallah” sebelum memulakan takbiratul ihram. Ini membantu menjauhkan syaitan dan menenangkan fikiran sebelum solat dimulakan.


Leave a Comment