Belajar Tajwid Online (Kelas Guna Zoom / Google Meet)

Kelas tajwid online (belajar guna Zoom / Google Meet)

Bagi anda yang sudah pandai baca Al Quran tapi rasa masih ada kekurangan tentang pengetahuan tajwid, jangan risau. Kami ada kelas belajar tajwid online. Boleh belajar dengan guru secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom atau Google Meet.

Satu lagi, anda mungkin bukan orang yang baru belajar mengaji Al Quran. Boleh baca tetapi tahap penguasaan tajwid masih tidak berapa betul. Hanya tahu tajwid Al-Quran yang basic sahaja. Yang advance, masih lagi tak tahu.

#1 Belajar tajwid online

Belajar tajwid online ini khas untuk golongan dewasa ini sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah seperti:

  • Lancar baca Al Quran, tapi tak tahu hukum
  • Tidak tahu nak berhenti di mana
  • Masih tidak tahu panjang pendek harkat
  • Masih keliru huruf tebal, huruf nipis
  • Asyik salah baris atas, bawah & depan
  • Asyik salah baca huruf bersambung
  • Teringin nak baca dengan bacaan yang betul dengan harapan dapat mengajar anak-anak sendiri nanti

 

#2 Kelebihan kelas belajar tajwid online

Bukan semua orang boleh sertai kelas pengajian tajweed di premis tertentu atau di masjid-masjid. Jadi, boleh sahaja ikuti pembelajaran Al Quran secara online.

Antara kelebihannya belajar mengaji Al Quran dan kelas tajwid online ialah:

  • Boleh tentukan masa sendiri
  • Tidak perlu keluar untuk pergi belajar dengan guru
  • Tidak perlu menunggu ustaz / ustazah sampai ke rumah
  • Tidak perlu kemas dan siap-siapkan rumah
  • Bila belajar secara persendirian dengan guru, akan mendapat tumpuan lebih dari guru
  • Juga boleh belajar bersama suami atau isteri masing-masing secara online
  • Lebih kepada konsep personal coaching
  • Masa yang lebih lama dengan ustaz / ustazah
  • Jika masa lebih lama, makan akan lebih banyak dapat tangkap

Bagi anda yang ingin mengajar anak-anak atau cucu, belajarlah tajwid kerana ia akan membantu anak-anak lebih faham tentang Al Quran.

Apabila mereka tanya hukum-hukum tertentu, kita juga boleh jawab dengan mudah.

 

Ada free trial?

Boleh, tak ada masalah. Kami boleh sahaja berikan free trial selama 30 minit.

Kelas percubaan ini akan bermula dengan cara menyebut yang betul, makhraj, tempat keluar dan lain-lain. Anda baca atau perdengarkan bacaan, sambil ustaz atau ustazah akan memperbaiki tajwid yang betul.

Mula-mula memang susah untuk betulkan tabiat bacaan kita yang kita sudah biasa. Tapi, lama-lama boleh diperbetulkan dengan izin Allah.

Jika anda rasa ingin lihat dulu muka pengajar untuk melihat keserasian, kami galakkan anda ambil peluang ini. Kenal-kenal dulu dengan tenaga pengajar sedia ada.

Tidak jadi ambil, tak mengapa.

Anda hanya perlu isikan borang di bawah ini.