Jika anda sedang baca ini sekarang, tentu tertanya-tanya, bagaimana cara belajar mengaji sendiri? Benarkah ada cara yang mudah? Boleh ke cepat khatam?
Izinkan kami berkongsi.
Cara belajar mengaji sendiri
Berikut ialah antara cara untuk belajar mengaji Al Quran sendiri.
#1 Checklist sebelum belajar mengaji sendiri
Namun, sebelum itu pastikan anda menepati kriteria berikut:
- Sudah kenal huruf
- Sudah tidak keliru dengan baris atas baris bawah
- Bacaan tidak lagi merangkak
- Bacaan sudah lancar
Jika tidak, lebih baik belajar dengan ustaz / ustazah yang berkelayakan.
#2 Belajar mengaji sendiri melalui YouTube
Kami tahu, ramai yang cuba belajar mengaji sendiri melalui YouTube. Sebenarnya, tidak salah. Ilmu itu boleh dipelajari melalui apa-apa medium.
Banyak channel yang mengajar secara percuma. Hanya perlu subscribe dan tonton.
Sebagai seorang pelajar yang baru mahu bermula, anda perlu mengikuti siri pengajaran oleh YouTuber tersebut dari mula.
Cuma masalah besar apabila belajar melalui YouTube ialah, tidak ada sesiapa yang akan menegur kesilapan anda.
Pelajaran juga menjadi one-way communications kerana tidak ada feedback.
#3 Belajar mengaji sendiri melalui Facebook
Ada banyak kelas mengaji online percuma di Facebook. Yang paling terkenal ialah Kak Yah Global.
Cuma sama seperti YouTube, masalah besar apabila belajar melalui Facebook ialah, tidak ada sesiapa yang akan menegur kesilapan kita.
Pelajaran juga menjadi one-way communications kerana tidak ada feedback dari guru. Yang menakutkan ialah kita terus baca dengan salah.
#4 Belajar mengaji dengan berguru
Berbeza dengan YouTube dan Facebook, belajar mengaji dengan berguru dengan guru Al Quran itu banyak perbezaannya. Cara baca Al Quran dengan guru tentu sekali lebih baik.
Kami sarankan agar berguru dengan yang pakar. Ini kerana, jika kita berguru, kesalahan yang kita lakukan dapat dibetulkan.
Ini boleh mengelakkan kita dari mengulang kesilapan bacaan yang sama.
Jangan malu jika masih lagi baca merangkak dan tidak lancar. Tugas seorang guru ialah membimbing. Lama-kelamaan, bacaan anda akan jadi lancar juga.
Jika anda tidak suka untuk belajar secara berkumpulan, boleh sahaja ambil kelas mengaji secara persendirian atau belajar mengaji online.
Jangan pernah timbul rasa malu kerana sudah dewasa.
Jika anda perlukan bimbingan untuk belajar Al Quran, jemput isi borang di bawah:
Kesimpulan
Niat anda sudah baik. Sunguh murni.
Teruskan belajar dan membaca Al Quran sehingga akhir nyawa. Mungkin di dunia ini, kita tidak nampak apa-apa. Kesannya nanti, akan bermula dari alam kubur hinggalah waktu dibangkitkan nanti di akhirat.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Al Quran.